Tips Berjimbaan di 3 Pulau Nusa
Make sure
tiket bot ditempah memang dengan wakil hotel yang kita akan menginap. Lepas
kita confirmkan booking hotel, minta mereka booking kan sekali tiket bot. Orang
hotel nih akan deal dengan tauke bot tentang tiket kita. Penting kita tempeh
tiket bot sebab tauke bot akan berikan tiket kepada mereka yang dah pre-booking
dengan depa through hotel biasanya.
Kalau kita
walk in untuk beli tiket bot tuh, kita perlu tunggu semua tiket yang dah di
pre-book selesai, baki tiket tuh baru ditawarkan pada kita. So kemungkinan kita
nak dapat naik bot agak tipis & mungkin terpaksa tunggu lama di jeti untuk
dapatkan tiket yang masih available.
Urusan di
kaunter tiket plak tidak sistematik. Kalo kita walk in, walopun kita beratur,
akan ada je orang tempatan potong queue atau menyelit.
Waktu bot
berlepas pun tak banyak. Kalo tak silap 7.00 pagi, 8.00 pagi, 9.00 pagi, 11.00
pagi dan 4.30 petang (last boat).
Member den
pre-book tiket bot dari jeti di Sanur ke Nusa Penida melalui hotel Jati
Bungalow di Nusa Penida. Penting pre-book tiket sebab Sanur nih macam main
jetty. Dari sini bley pergi pelbagai pulau so tempat terhad.
Dari Nusa
Penida ke Nusa Lembongan just walk in sebab macam tak ramai orang sangat masa
kitaorang nak pergi tuh. Bley je tanye hotel yang korang menginap tuh samada
perlu pre-book tiket bot dari Nusa Penida ke Nusa Lembongan ke tak.
Masa check
in di Yogi Beach Bungalow, Nusa Lembongan, member den dah pre-book tiket bot
untuk balik ke Sanur ke Nusa Lembongan.
So paling
penting pre-book tiket bot dengan hotel/homestay
yang kita menginap ye.
Pakai baju yang paling ringkas dan ringan
masa nak naik bot tuh sebab akan ada aktiviti
meranduk air laut untuk naik bot k. Confirm akan randuk air laut paras
lutut. Kalo nasib tak baik ada ombak, akan teranduk air paras pinggang. So make
sure simpan barang penting (passport, duit, hp, power bank, kabel, etc) dalam
beg@pouch water proof @ balut dengan plastic elok-elok untuk elakkan depa
terbasah kuyup.
Spend at
least 3 days kat Nusa Penida untuk pergi ke hampir semua tempat menarik sebab
setiap satu tempat adalah jauh jaraknya di antara satu sama lain.
Sila jangan
pakai jeans atau baju rambu ramba ye. Pakai seluar cotton yang cepat kering.
Untuk guys pakai seluar pendek la sesuai kot.
Infrastruktur
kat sini belum dibangunkan sepenuhnya. Jalan raya belum sempurna. Lampu jalan
takde kat kebanyakan tempat.
Susun
jadual perjalanan yang sesuai terutamanya masa di Nusa Penida. Jangan
jadi macam kitaorang, on the first day atas skuter je 6 jam lebih, tak sempat
nak enjoy the view betul-betul di setiap tempat yang kitaorang pergi sebab
kalut nak habiskan semua tempat yang dah dirancang nak dilawat within 1 day.
Travelling
insurance is a must. Kalau pun kita tak perlu guna at least bagi
kita ketenangan minda especially bila saat-saat genting macam bonceng moto
dengan orang gila yang mungkin boleh meyebabkan kita jatuh gaung @ turun trail
yang super ngeri macam kat Kelingking Beach tuh.
Tak banyak
tempat yang kenakan tiket masuk & parking lagi di 3 Nusa nih sebab
kebanyakan kawasan tumpuan pelancong nih belum dibangunkan dengan sepenuhnya.
Esok-esok bila infrastruktur macam jalan raya dah elok, ada toilet, jalan untuk
turun ke tempat menarik tuh dah elok (dari denai semulajadi dan dibuat tangga,
etc), den rasa memang akan dikenakan tiket masuk dan parking.
Kebanyakan
check out time di homestay @ hotel di 3 Nusa nih adalah 10.00 pagi.
Better
booking untuk massage in advance sebab takut penuh bila walk in
di Nusa Lembongan tuh.
0 Comments