The Storyteller by Jodi Picoult
“It does not matter who forgives you, if
you’re the one who can’t forget”.
Den ingatkan buku nih temanya santai, cerita
pasal keluarga, etc. Alih-alih bila dah baca suku cerita, baru la den sedar nih
cerita pasal family tetapi agak berat, ngeri dan tragis sebab melibatkan
flashback perjalanan hidup sebagai tahanan oleh tentera Nazi semasa era
Holocaust termasuk menjadi tahanan di Auschwitz.
Buku nih mengisahkan Sage
Singer yang merupakan seorang baker yang memang sangat terror membuat roti dan
pastry. Kemahiran membuat roti nih diwarisi daripada ayah beliau yang mewarisi
kepakaran tuh daripada atok beliau. Kiranya pembuat roti dan pastry yang
diturunkan daripada generasi ke generasi.
Semasa bekerja di kedai
roti dan pastry tuh, Sage bertemu dengan Josef Weber yang berusia 90 tahun yang
sangat terkenal dengan kerja-kerja komuniti dan sebagainya.
Bila persahabatan antara
Sage dan Josef agak rapat, Josef meminta bantuan Sage untuk membunuh diri
kerana beliau dah penat hidup di dunia dengan menyimpan sejarah silam yang
hitam iaitu beliau merupakan salah seorang tentera Nazi yang terlibat semasa
era Holocaust.
Sage juga mempunyai seorang
nenek yang merupakan survivor era Holocaust.
Masa nenek Sage
menceritakan tentang kehidupannya semasa zama Holocaust tuh memang mengerikan
sebab kekejaman tentera Nazi ke atas semua yang terlibat tak kira bayi atau
orang tua memang menyayat hati.
#Den tak pernah dapat baca
pasal kekejaman Nazi semasa era Holocaust secara terperinci sebab ngeri sangat
tapi melalui buku nih, den terbaca juga kekejaman mereka. Haish…
Rupa-rupanya nenek Sage
merupakan tahanan yang pernah bekerja dengan Josef semasa di Auschwitz.
Nenek Sage tidak tahu tentang Josef yang masih hidup dan berkawan
dengan Sage sehingga akhir hayatnya. Nenek Sage meninggal dunia sejurus lepas
dia ceritakan tentang kisah hidup dia semasa era Holocaust.
Sage membantu Josef membunuh diri dengan memberikan pastry
berintikan racun tikus. Semasa Josef nazak, Sage cakap dia tidak akan memaafkan
Josef atas kekejaman beliau semasa menjadi tentera Nazi.
Rasanya nih first buku oleh Jodi Piccoult yang den baca.
Jalan cerita memang menarik cuma agak heavy especially tentang life
at Auschwitz camp.
Apa yang tersirat dalam cerita ini adalah tentang perkara
memaafkan diri sendiri dan memaafkan orang lain yang pernah berbuat salah
kepada kita.
0 Comments