Selangor Fruit Valley (SFV)
Pertengahan November lepas, kitaorang
sekeluarga datang ke Selangor Fruit Valley nih. Ingatkan tak ramai orang tapi
ramai betul orang. Siap ada rombongan warga emas yang menaiki 2 buah bas.
Keluarga yang datang dengan kereta sendiri pun ramai. Penuh parking k.
Selepas parking den layan dulu budak-budak
bermain dengan pokok semalu. Diaorang memang terkesima tengok pokok semalu nih
sebab pertama kali diaorang jumpa pokok semalu nih. Anak bandar sangat nih.
Sakan depa dok main dengan pokok semalu tuh.
Terkesima jumpa pokok semalu |
Kemudiannya kitaorang pergi ke bangunan yang
menempatkan kaunter menjual tiket.
Disebabkan terlalu ramai orang + kekerapan
tram yang sangat lama (sebab kuantiti tram sikit agaknya) + orang ramai serbu
je naik tram tanpa beratur, makanya kitaorang menanti hampir 40 minit untuk
naik tram.
Dari depan bangunan kaunter tiket nak ke
check point pertama iaitu Eco Bridge dan Laman Mini mengambil masa lebih kurang
10 minit. Di sini kita semua akan diminta turun membuat aktiviti di sini
sementara nak tunggu tram lain ambil kita dan dibawa ke check point kedua iaitu
Taman Rusa.
Kat sini banyak aktiviti yang boleh dibuat
seperti lunch di Rimbun Café yang menyediakan lauk pauk kampung yang sedap,
bergambar secara berleluasa terutamanya di Eco Bridge dan replika buah-buahan
yang disediakan dan membeli belah buah-buahan tempatan dan souvenirs seperti
tshirt, topi, balm, etc.
Sementara menunggu buong dan kiddos menjamu
selera kat Rimbun Café, den berjalan di sekitar Eco Bridge mengambil gambar
sebab bagi den Eco Bridge nih memang cantik. Siapa yang nak buat pre-wedding
shooting kat sini pun sesuai rasanya sebab pemandangan sangat cantik.
Cantik kan |
Banyak tempat lagi boleh lawat kat sini sebab
ada macam ladang buah-buahan tapi disebabkan panas dan kemalasan, kitaorang
hanya melepak kat kawasan nih je. Tak terambil gambar pun dengan replika
buah-buahan sebab tak lalu rasanya sebab panas.
Masa kitaorang tunggu tram untuk pergi check
point seterusnya yang mengambil masa lebih kurang 20 minit, sempat la pula
budak-budak nih membuat vandalism iaitu dengan memetik dua biji buah limau
barli yang belum masak. Dalam dipantau tuh sempat juga diaorang membuat onar.
Haish.
Mula-mula pegang je |
Limau barli yang terkorban |
Disebabkan cuaca tiba-tiba mendung macam nak
hujan, makanya tram tak berhenti pun kat Taman Rusa, kitaorang hanya memandang
rusa dari kejauhan je la.
Sampai je di Taman Arnab yang turut
menempatkan taman permainan ringkas bertemakan buah-buahan yang dah tentu budak-budak
gembira main kat situ, hujan turun dengan selebat-lebatnya.
Makanya semua pelawat berteduh kat bawah
bangunan yang ada jualan jagung termasuk buong. Den dan budak-budak berteduh
kat bangunan sebelah yang menempatkan kandang arnab. Arnab-arnab pun sibuk nak
berlindung di bawah jerami yang ada kat dalam kandang tuh sebab depa pun
kesejukan. Dalam kesejukan tuh budak-budak nih main juga la dengan arnab-arnab
yang turut kesejukan.
Selepas dalam setengah jam di sini, ada
sebuah tram yang telah diletakkan plastic bagi menghalang hujan masuk ke dalam
tram. Kitaorang pun naik la tram nih dan dibawa ke laluan yang menghala ke kawasan
utama yang menempatkan parking kereta tuh.
On the way nak ke keluar tuh, kitaorang
dibawa di laluan yang ada tarikan lain yang mana kitaorang tengok dari kejauhan
sebab hujan masih lebat. Kitaorang lalu di jeti keranji, laman rumah kampung, taman
herba dan rempah ratus dan kelulut valley. Memang pandang dari kejauhan je la
sebab takde rezeki nak singgah di mana-mana pun.
Kalau pelawat datang SFV pada masa cuaca
cantik, mungkin boleh melawat semua tempat tarikan di SFV seperti ladang
buah-buahan dan sayur-sayuran, eco bridge, pavilion, laman mini, laman rumah
kampung, taman rusa, taman arnab, taman herba dan rempah ratus, kelulut valley,
jeti keranji, taman orkid dan makmal tisu kultur.
SFV juga menyediakan perkhidmatan tram ride
dan sight seeing, aktiviti air, aktiviti padang, bilik seminar (tanpa
penginapan) dan pakej lawatan berkumpulan.
Kalau nak tempat pakej berkumpulan, bolehlah
contact SFV nih di 03-32720019/20.
Waktu operasi SFV adalah Selasa hingga Ahad
(9.00 pagi hingga 4.00 petang). Hari Isnin, SFV tutup ye.
Den rasa antara perkara yang mungkin boleh
ditambahbaik oleh pihak pengurusan SFV terutamanya apabila waktu puncak dan
ramai orang:
1. Tambah bilangan tram untuk memastikan
kekerapan tram bergerak dari satu check point ke satu check point adalah lebih
cepat;
2. Sediakan seorang pekerja untuk memastikan
pelawat beratur apabila hendak menaiki tram bagi mengelakkan orang
berebut-rebut dan it should be first come will be the first to board the tram.
Den faham kita nak mendidik rakyat kita supaya berhemah macam rakyat Jepun
tanpa perlu dipantau tapi masalahnya mentaliti kita masih belum bersedia
sepenuhnya ke arah itu. Masih perlu gunakan konsep merotan camtuh; dan
3. Mohon dipastikan tandas terutamanya di dalam
bangunan yang menempatkan kaunter tiket berfungsi dengan baik.
0 Comments