Dari Atuh
Beach ke Rumah Pohon Molenteng, Pejukutan nih mengambil ambil masa 45 minits
untuk perjalanan 12 km lebih.
Ada entrance
fee dikenakan iaitu Rp 5,000 @ RM 1.70 seorang.
|
The view lepas turun denai ngeri |
Untuk tengok
pemandangan cantik, kena turun jalan denai yang agak slippery. Walaupun ada
disediakan pancang kayu + tali yang menghubungkan setiap pancang, tapi tetap
jua denai itu mengerikan untuk den. Kalau tersalah langkah dan tergelincir, ada
harapan jatuh gaung terus ye.
|
Kengerian turun denai langsung duduk sekejap |
|
Den dan drama berpisah tiada |
Di sini ada
disediakan beberapa rumah untuk kita masuk dan bergambar. Disebabkan den dah
tak larat sebab kengerian turun denai, makanya den tak panjat naik satu rumah
pun. Ambil gambar rumah dari kejauhan je.
Masa kat
sini, nampak ada beberapa rumah sedang dibina. Tak pasti la untuk kita panjat
untuk ambil gambar atau nak dibuat tempat penginapan.
Ada juga
sebuah restoran di sini yang selayang pandang menyediakan minuman ringan. Tak
sempat nak siasat lebih-lebih sebab serious takde mood sebab sakit bontot lama
sangat atas motor + ngeri dengan jalan raya yang tidak beberapa sempurna + naik
turun denai yang mengundang gundah gulana di hati.
|
Jalan raya nak menyampai ke sini |
Tempat nih memang cantik
view laut dan bukit-bukau dari yang boleh dilihat kejauhan tuh. Perlu habiskan
masa sekurang-kurangnya satu jam untuk bergambar + menghayati pemandangan yang
cantik + merehatkan badan selepas melalui perjalanan yang jauh di atas jalan
raya yang berliku + melepaskan lelah dan kerisauan turun dan naik denai asli.
|
Satu-satunya gambar yang agak semenggah sikit |
0 Comments