Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Cherating, Pahang
Dah temanya nak membawa budak-budak bercuti makanya
tempat sebegini la yang mereka suka.
Dari Kuantan ke sini mengambil masa lebih
kurang 25 minit.
Pintu masuk pusat maklumat nih adalah di sebuah
bangunan ala-ala rumah kampung. Kita diminta mendaftarkan diri di kaunter yang
disediakan di sini.
Disebabkan pusat nih di Pantai Timur, makanya
waktu operasi adalah sedikit berbeza ye.
Waktu operasi adalah pada hari Selasa - Sabtu
9.30 pagi hingga 4.30 petang. Pusat konservasi nih ditutup pada hari Isnin dan
cuti umum.
Masuk ke sini adalah percuma cuma disediakan
satu tabung sumbangan untuk pemuliharaan penyu di sini. Ini adalah usaha yang
baik supaya pelawat sama-sama dapat menyumbang kepada pemeliharaan dan
pemuliharaan penyu. Ikut kita la nak bagi sumbangan RM1 ke RM10 ke. Den
berpendapat konsep tabungan sumbangan nih boleh dilaksanakan di Pusat Konservasi
dan Penerangan Penyu di Segari, Perak (ke memang telah dilaksanakan tapi den
yang tak jumpa?).
Kotak sumbangan betul-betul sebelah aquarium, berdepan kaunter pendaftaran sejurus selepas pintu masuk ye |
Den tak sangka pusat maklumat kat sini
setanding dengan pusat maklumat tempat yang gempak di Kuala Lumpur. Pusat maklumat
di sini lebih teratur, menarik dan establish kalau nak dibandingkan dengan
pusat maklumat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Segari, Perak.
Mungkin sebab peruntukan berbeza gamaknya.
Den rasa kena peruntukkan masa paling kurang
45 minit untuk baca dan memahami setiap info yang ada dalam pusat maklumat ni
sebab banyak kot maklumatnya. Den seperti biasa dapat baca 1% je maklumat yang
ada di sini sebab sakan dok mengejar budak-budak tuh yang dah tak sabar-sabar
nak tengok penyu di dalam kolam.
Daripada segi kepelbagaian spesies, bilangan
penyu dan bilangan kolam, di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Segari,
Perak lebih banyak. Kat sini cuma ada 3 kolam yang mana anak-anak penyu
diletakkan di dalam satu jaring di dalam kolam terbesar kat sini yang
menempatkan sekali penyu dewasa ada di dalam 1 kolam. Penyu remaja ada di dalam
1 kolam. Ada 3,4 ekor kura-kura di dalam satu kolam kecil. Penyu-penyu dewasa
dan remaja pun tak banyak.
#mungkin masa kitaorang melawat nih, banyak
penyu yang telah dilepaskan, etc sebab tuh kuantiti dia sikit.
Kat sini juga disediakan pusat penetasan anak
penyu tapi memang ditutup. Den tengok dari kejauhan je pun.
Semasa di Pusat Konservasi dan Penerangan
Penyu di Segari, Perak yang kitaorang dah pergi 2 kali, tak jumpa pula
souvenirs untuk dibeli tetapi di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di
Cherating nih, dekat entrance tuh dijual souvenirs bertemakan penyu termasuk
keychains, fridge magnets, tshirts, topi, etc.
Dah ada souvenirs macam nih, haruslah kena
paw dengan budak-budak nih. Tak lengkap hidup diaorang kalau pergi ke mana-mana
tak beli apa-apa diaorang nih.
Kitaorang spend masa lebih kurang 1 jam lebih
kat sini termasuk melayan soalan budak-budak macam:
“Mama….kenapa penyu tuh pijak kepala kawan
dia?”
“Kenapa baby penyu warna hitam papa dia warna
brown?”
“Kenapa baby penyu tak duduk dengan mama dan
papa dia? Dia tak sedih ke duduk dengan kawan-kawan je?”
“Kenapa kaki baby penyu tuh macam tuh?”
Dan pelbagai soalan yang kadang kala ada ciri
KBAT yang menyebabkan den pun terkesima apa jawapan yang sesuai untuk diberi.
Masa kitaorang nak balik tuh, ada 2 bas baru
sampai ke sini yang membawa rombongan warga emas. Rajin plak diaorang melawat
tempat macam nih kan?
#Dalam tahun nih dah dua (2) Pusat Konservasi
dan Penerangan Penyu kitaorang pergi iaitu di Segari, Perak dan Cherating,
Pahang. Begitu la aktiviti kalau ada anak-anak. Tempat macam nih la yang
anak-anak den minat nak datang.
4 Comments
Waahh.. lengkap info yang diberi.. tak sangka ya pusat konservasi ni canggih.. mesti masuk next visit list.!
ReplyDeleteHa....wajib singgah kalau datang ke Cherating
DeleteGood info..
ReplyDeleteTerima kasih.
Delete