Place2Stay Hotel, Mines, Seri Kembangan
Disebabkan den nak merayau-rayau di Big Bad
Wolf tuh selama 4 jam seorang diri, makanya kitaorang terjah cari hotel bajet
yang terdekat dengan Mines supaya buong dan kiddos boleh berehat kat hotel tuh
sementara menunggu den.
Terjumpa Place2Stay Hotel sebaris dengan Sun
Inn Hotel.
Ramah tamah staff kat reception counter tuh.
Siap offer untuk tengok bilik lagi sebab den
tak sure nak bilik yang 1 katil Queen atau 2 katil single.
Akhirnya den pilih bilik dengan 1 katil Queen
dengan harga RM68/malam. Jadi la sebab nak bunk in je pun.
Bilik agak comel tapi lengkap dengan semua
facilities untuk sebuah bilik di hotel bajet. Ada 2 air drinking water,
aircond, televisyen, make up table + chair dan bilik air yang super comel
dengan water heater yang mempunyai pressure air yang sangat kuat.
Hotel nih 3 tingkat dan disediakan
perkhidmatan lif. So in sya Allah sesuai untuk ibu mengandung, OKU dan warga
emas.
Senarai harga bagi setiap bilik ada seperti
berikut:
First time den jumpa hotel yang sediakan
bilik untuk OKU.
Yang istimewa tentang hotel nih adalah ianya:
1. bersebelahan dengan kedai mamak. So no
problem nak makan at anytime; dan
2. berdekatan dengan The Mines. Ada jalan short
cut dari hotel nih melalui satu kawasan apartment di belakangnya (kena bayar
RM2 untuk lalu di sini). Seterusnya melalui 1 terowong dan terus sampai di The
Mines. Kalau berjalan kaki mungkin ambil masa dalam 15 minit. Kalau naik kereta
dalam 5 minit.
Hotel nih milik Koperasi UPM yang baru
sebulan beroperasi. No wonder tak jumpa cari di dalam agoda.com ke booking.com.
Kalau nak tanya tentang availability of the
room buat masa ianya tidak dimasukkan di dalam mana-mana apps hotel, boleh
hubungi hotel nih di 03-89482961 atau 03-89572961 atau layari website mereka di
www.place2stay.com.my
2 Comments
Salam,
ReplyDeleteBagi pihak Koperasi UPM Berhad saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan diatas kesudian Puan memilih Hotel Place2Stay @ The Mines untuk berehat dan memberi komen serta pandangan melalui blogspot Dinohauz beberapa hari yang lalu.
Untuk makluman Puan, Hotel Place2Stay @ The Mines adalah milik penuh Koperasi UPM Berhad.
Koperasi UPM Berhad sangat mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang boleh disediakan.
Mudah2an Puan akan terus menjadi pelanggan Hotel Place2Stay @ The Mines dan followers Dinohauz menjadi bakal pelanggan Hotel Place2Stay @ The Mines.
Wassalam,
DR. DASRILSYAH BIN SYAHRIAL
PENGERUSI
KOPERASI UPM BERHAD
43400 UPM SERDANG
SELANGOR D.E.
Sama-sama.
DeleteSemoga Place2Stay dapat mengekalkan kualiti hotel yang selesa dan bersih dengan harga mampu milik. Tahniah juga kerana mempunyai pekerja yang mesra pelanggan.