Disebabkan den dan buong memang agak pemalas nak joint orang ramai yang bercuti di kala cuti sekolah, makanya kitaorang bawa kiddos bercuti sebelum cuti sekolah bermula. Lepas peperiksaan akhir tahun dah habis, den belasah je la bagi si F ponteng sehari dua sebab nak pergi bercuti nih.

Budak-budak ni memang suka mandi kolam je pun so kitaorang nak bawa diaorang mandi kat Gambang Water Park sebab tak pernah pergi ke sana.

Den dah rancang nak pergi enam tempat pada hari pertama iaitu satu tempat di Maran dan lima tempat di Kuantan pada hari pertama. Pada hari kedua sebelum check in di Gambang Water Resort den dah rancang nak pergi tiga tempat di Kuantan.

Tapi itu la dia, kita hanya merancang, Allah Yang Maha Menentukan.

Hari yang nak gerak ke Kuantan tuh dah lambat juga geraknya dari rumah sebab dah terbangun lambat semua orang. 

Alih-alih tuh lagi 10 minit macam tuh nak masuk ke simpang menghala ke Genting Sempah tuh, ada icon ape ntah menyala kat meter di kereta tuh.

Buong patah balik ke Shah Alam sebab nak pergi bengkel yang dia dah biasa hantar kereta kat situ. Kata orang bengkel tuh, ada elektronik apa ntah yang rosak. Lepas disetting semula makanya kitaorang bergerak semula ke Kuantan.

Sampai je Kuantan, icon yang sama menyala lagi. Menggagau la mencari bengkel kereta kat Kuantan berpandukan encik google. Masa sampai bengkel tuh dah pukul 6 petang. Uncle cina yang menengokkan kereta tuh sangat ramah tamah. Macam-macam diceritanya. Yang paling tak boleh lupa dia mempersoalkan kenapa YAB PM dan isteri melawat DSAI di hospital hehehehehhe. Uncle juga cerita pasal peningkatan kos perniagaannya akibat GST, etc. Lepas settle hal kereta, sempat uncle titipkan sesisir pisang untuk budak-budak nih. 

Lepas check in di Hotel Elmark, kitaorang terus dinner di Satay Zul. Disebabkan kepenatan dan sedikit terkilan sebab program yang dirancang tidak menjadi, makanya kitaorang terus je la balik ke hotel lepas dinner. 

Nak balik hotel lepas dinner pun drama juga sebab tak jumpa cari hotel walaupun dah guna waze. Berpusing 3,4 kali la juganya sebelum bertemu jua dengan hotel tuh. Haish.

Esoknya kitaorang pergi tengok penyu di Pusat Perlindungan dan Penerangan Penyu, Cherating sebelum gerak ke Gambang. Lepas check in, terus je kitaorang naik tram pergi tengok haiwan di Safar Gambang. Balik je dari tengok haiwan nih, F cakap dia sakit gigi. Jenuh la den google cari mana klinik gigi terdekat yang masih beroperasi pada lewat petang di hari Ahad. Terjumpa satu klinik di Kuantan. Dah sampai Gambang baru dia cakap gigi dia sakit. Cari klinik gigi yang beroperasi sampai malam pada hari ahad. Akhirnya jumpa klinik gigi di Kuantan.

Maka bergeraklah kitaorang ke Kuantan semula sebab ada satu klinik gigi tuh kalau ikutkan FB nya masih beroperasi sehingga 10 malam. 

Disebabkan dah kalut-kalut, tersalah simpang la pula di Kuantan tuh tapi dah namanya rezeki, terjumpa klinik gigi lain yang masih beroperasi sehingga 10 malam.

Lepas hampir 1 jam menunggu sebab ramai orang sakit gigi pada ketika itu, F berjaya juga jumpa dentist yang cantik manis tuh. Rupa-rupanya tampalangigi F yang dulu dah hampir tercabut. So dentist buang tampalan lama dan letakkan tampalan baru.

Lepas tuh barulah kitaorang dinner sebelum balik ke hotel. Sempat tengok movie hantu sebelum tidur.

Esoknya lepas puas mandi kolam sampai lebam di Gambang Water Park tuh, kitaorang singgah lunch dan beli durian di Temerloh sebelum bergerak balik ke Shah Alam.

First time dalam hidup kitaorang bercuti siap ada pakej kereta rosak dan sakit gigi but there is always first time for everything right?
Si budak busuk yang paling happy dapat berjalan ke hulu ke hilir

0 Comments