Perasaan Itu
Akhir-akhir ini banyak pula den terbaca di
blogs yang den memang jadi silent reader atau terjumpa secara tak sengaja blogs
yang den tak pernah terbaca yang menceritakan tentang perasaan samada agak @
telah @ dah terlalu bosan dengan kerjaya sekarang dan berharap ada banyak duit
untuk berhenti kerja dan jadi stay at home mum or wife camtuh.
I feel you girls. I really do.
Den ada perasaan macam nih rasanya sejak 2
tahun lepas kot tapi tahun 2017 nih makin menjadi-jadi gelora perasaan tuh.
Hampir setiap hari bila den bangun tidur,
akan perasaan “perlu ke aku pergi kerja hari nih” @ “aku dah lama kan tak MC.
Kalau MC okay tak” @ “kalau aku EL je hari nih okay tak”. Nih cerita benar k.
Hampir setiap hari ada perasaan macam nih.
Sebelum tidur lain pulak cerita dia.
Sambil den, buong dan kiddos melepak samada
tengok cerita kartun buat sekian kalinya @ main baling-baling bola dengan
kiddos @ masing-masing sibuk main games kat handphone dan tabs, den akan cakap
sembang perkara yang sama je dengan buong iaitu kemungkinan bersara awal
daripada perkhidmatan.
Den :
Agak-agaknya kita perlukan simpanan berapa ye untuk hidup sampai umur 100
tahun. (Dasar sangat kan…..nak hidup lama saja….takut betul nak mati awal).
Setiap kali pun buong akan melayan den sembang
topic nih sambil keluarkan handphone dia dan buka calculator.
Buong : Bersara awal nak kerja lain ke atau
nak berehat-rehat je.
Den :
Kalau bersara dan berehat-rehat tidur sampai lebam, berapa banyak duit kita
perlukan untuk survive?
Sakan la buong menekan calculator dia tuh.
Den tak pernah sekalipun tengok dia kira apa. Den biarkan je dia congak ikut
suka dia.
Buong : Berehat-rehat tuh termasuk
berjalan-jalan ke? (Dia tanya ni sebab dia tau bini dia yang sorang nih mana
tahan duduk rumah, dapat pergi kedai runcit pun dah cukup happy).
Den :
Mesti la nak berjalan. Nak la merasa pergi New Zealand sebelum mati. (Nak juga
kan berjalan ke hulu ke hilir walaupun duitnya tidak semeriah mana).
Buong : Tak boring ke nanti kalau duduk rumah
je?
Den :
Boring la juga kan. Kerja apa yang tak memeningkan kepala + boleh bagi hasil
yang agak okay + perlukan komunikasi yang paling minima atau kalau boleh tak
payah nak ada komunikasi dengan manusia pun? (Ha….dah tua-tua nih memang kalau
boleh nak minimakan human contact sebab kebanyakan orang yang ditemui kadang-kadang
menyebabkan my blood go upstairs. Den dah penat ye).
Buong : Mana nak cari kerja macam tuh.
Den :
Tak pun kita hidup macam cerita Captain Fantastic tuh. (Cerita nih memang lain
daripada yang lain. Lakonan Viggo Mortensen. Nanti-nanti den review bila
berkelapangan).
Buong : Hahahahhhaha….tak sesuai hidup macam
tuh sekarang. Kesian kat budak-budak nih.
Begitu la kisahnya.
Walau bagaimanapun, angan-angan bersara awal
tuh terpaksa diulang kaji semasak-masaknya dengan keadaan hutang den
bertingkek-tingkek, budak-budak masih kecil, ada family yang perlu ditanggung,
etc. Bab perancangan bersara awal nih kita sembang di kemudian hari selepas
menimbangtara pelbagai factor k.
So apa tindakan yang terbaik sekarang nih
untuk paling kurang meminimakan ‘perasaan itu’ dan mencari semula mojo untuk
bersemangat semula bekerja seperti dahulu?
0 Comments