Pantai Suwehan, Nusa Penida
Pantai Suwehan
nih terletak di Tanglad.
Okay nih
yang nih paling tragis untuk aktiviti pada hari ini sebab dah la naik skuter
selama lebih 1 jam 10 minit untuk perjalanan 23.2 km.
Bila sampai
kat tempat letak kenderaan, nampak jalan turun adalah tidak ngeri sebab dah ada
tangga batu@simen. Rupa-rupanya tangga tuh hanya sampai ke tepi pura yang ada
kat situ je huhuhuhuhu.
Dari pura
tuh nak turun ke pantai ianya melibatkan denai yang sangat curam. Denai yang
sangat curam dan takde tempat pegang tepinya. End up kitaorang tak turun pun
sebab trailnya tuh ngeri gila (nih untuk den la).
Member den
pun dah fed up gamaknya dengan den yang asyik membebel je, dia pun malas nak
turun ke pantai nih.
“Namun kamu
harus berusaha keras menuruni bukit yang curam dan belum memiliki anak tangga.
Kami hanya menganjurkan kamu yang memiliki stamina kuat saja untuk naik turun
ke pantai ini”. Pernyataan dari baliseaview.com
Dari kejauhan pun nampak cantik. Kalau berjaya turun sampai pantainya sure lagi best kan |
Pura yang sedang dalam tambahbaik |
0 Comments