Fast pace dari mula sampai akhir cerita.

Jalan cerita yang memang berbeza daripada Jumanji 1995.

Jumanji 1995 menceritakan tentang makhluk dari alam Jumanji masuk ke dalam alam manusia.

Jumanji 2017 nih menceritakan tentang manusia masuk ke alam Jumanji dan perlu menyelamatkan Jumanji daripada kemusnahan kerana ada permata Jumanji dicuri oleh penjahat. 

Tema kedua-dua movie masih sama iaitu semua pemain kena habiskan permainan ini untuk kembali semula pada keadaan asal.

Jumanji 2017 melibatkan 4 orang high school students yang tak kenal rapat antara satu sama lain yang dikenakan detention class yang terjumpa game Jumanji nih secara tak sengaja. 

Apabila depa disedut masuk ke alam Jumanji, mereka menjadi character yang mereka pilih semasa diaorang mula main game nih.

Mereka ada 3 nyawa setiap seorang yang mana setiap kali mereka mati dalam game nih, mereka akan kehilangan satu nyawa. Once mereka meninggal dengan nyawa terakhir, mereka tak akan dapat kembali ke dunia nyata (game over gittew). 

90% kekuatan cerita nih adalah pada aura dan chemistry orang lama iaitu Dwayne Johnson (The Rock), Jack Black and Kevin Heart. Otai masih berbisa gittew. 

Budak-budak millennia macam Nick Jonas dan Karen Gillian tuh okay, lebih kepada eyes candy la untuk pendapat den. 

Ada banyak scenes kelakar….mostly thanks to the 3 oldies. 

Walaupun cerita nih apa semua ingredients (top actors, funny moments, actions, etc), tak pasti kenapa den rasa cerita nih kurang soul daripada Jumanji 1995. Den rasa Jumanji 1995 lebih best.

Maybe I am stuck in the 90s or maybe the shoes left by the late Robbie William is too huge to be fill even with three actors combined?  

Tepuk dada tanya selera k.

3.5 stars for me. Feel good movie for the whole family.

Movie yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Budak-budak memang suka kot movie nih sebab ada binatang semua, si A tengok sampai habis, cerah mata dia. Masa tengok movie Thor Ragnarok tuh, towards the end of the movie dia dah bantai tidur.

Den tak merancang pun nak tengok movie nih kat wayang sebab rasa macam tak beberapa nak worth kalau tengok wayang, baik la beli dvd haram atau tunggu je member download tapi disebabkan melayan kiddos tuh makanya den turutkan jua.

#Eh sakan plak den tengok movies dengan kiddos (dah 3 movies tengok setakat nih). Mungkin sebab kiddos dah besar, dah boleh behave dan diaorang dah faham thrill tengok movie di screen besar + ada pilihan movies menarik yang berbaloi untuk ditengok di panggung wayang.

0 Comments