Den dapat tau tentang konsert nih melalui group whatsapp kawasan perumahan den dalam minggu lepas rasanya.

Konsert anjuran Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA), UiTM Puncak Alam nih menyediakan tiket berharga RM 50, RM 100, RM 200, RM 300, RM 400 dan RM 500. RM 500 adalah tiket VVIP yang membolehkan penonton mendapat goodies bag, ada sesi ala-ala meet and greet dengan penyanyi, etc.

Disebabkan ada tiket berharga RM 50 untuk menonton persembahan daripada Anuar Zain, Faizal Tahir, KRU, Akim & The Majisterit dan Usop Mentor, den yang seperti biasa suka aktiviti lagho langsung la terkinja-kinja nak pergi tengok konsert nih sebab setahu den, Anuar Zain punya event untuk Hari Setiausaha macam mahal bayarannya.

Den berminat nak pergi ke konsert nih sebab: 

1. bayar RM 50 boleh tengok 5 artis sekali pada satu konsert adalah suatu yang sangat berbaloi;

2. disebabkan ada jiran tetangga yang sudi nak pergi konsert nih, makanya den joint la sekali; dan

3. tempat konsert adalah dekat dengan rumah.

Sebab lagi satu den nak tengok konsert nih adalah den nak dapat feel macam mana pergi tengok konsert sebab seumur hidup den, den memang tak pernah tengok konsert. Nak ambil feel supaya tak terkejut sangat bila nak pi konsert Bruno Mars May 2018 nanti, dah la pergi sorang nanti ke konsert tuh.

Kitaorang tengok konsert pada 16 Disember tuh. Lepas Maghrib kitaorang berempat bertolak dari rumah ke UiTM Shah Alam. Sampai sana dalam pukul 8 malam. 

Masa nak masuk ke dewan tuh, ternampak superhero Badang di situ. Dapat juga air free. Ada popcorn free juga tapi macam tak tersempat nak ambil. Ada 8 food trucks di luar dewan masuk yang menjual pelbagai makanan tetapi kitaorang tak sempat nak jengah pun.

By 8.45 malam kitaorang tengok, seats RM500 dan RM400 macam tak penuh pun, musykil la juganya kan.

Masa Ucop Mentor buat persembahan pembukaan konsert dalam pukul 9 pm, jiran yang keluar pergi beli air inform minta turut ke seats VVIP untuk penuhkan seats yang masih kosong.

So daripada seat RM50 yang duduk jauh sekali dari pentas tiba-tiba dapat duduk di seat VVIP RM 500 yang betul-betul depan pentas. Rasanya dari jarak kerusi yang den duduk dengan pentas adalah dalam 250 meter je. Serious rezeki terpijak k. Bayar seat RM 50 tapi end up with VVIP seat. Sangat berbaloi-baloi hehehehehehe.

Pengacara konsert nih adalah Isey dan makwe yang den tak kenal siapa.

Ucop Mentor yang den tak pernah kenal pun siapa sebab den memang tak tengok rancangan Mentor ke AF ke ape ke menyanyikan dua buah lagu termasuk sebuah lagu tema OST bagi filem Badang lakonan Dato’ Alif terlajak laris tuh yang diarahkan oleh Prof Razak (yang selalu buat movie Mami Jarum Orang Penang tuh). Filem Badang nih akan ditayangkan di pawagam pada 15 Februari 2018. Serious den tak dapat nak imagine macam mana dia jadi superhero.

Lepas tuh Faizal Tahir menyanyikan 2 buah lagu termasuk lagu Assalamualaikum Dunia. Bila penonton turut menyanyi sama, den diam je la sebab den memang tak tau pun lagu popular Faizal Tahir. Kecil molek je dia nih. Suara mantop.

Lepas tuh ada persembahan tarian daripada students Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA).
Seterusnya persembahan 3 buah lagu daripada album Sedetik Lebih (agaknya la) oleh Anuar Zain. Dia pakai tuxedo. Dia menyanyi atas piano dan duduk atas kerusi merah. Ramai peminat dia nih. Sakan depa dok menjerit. Suara dia memang sedap la. Bila Anuar Zain ajak penonton menyanyi sama, den duduk senyap je la sebab den memang tak tau lagu-lagu dia yang terbaru tuh.

Habis je persembahan, dia baling dalam 12 ekor teddy bears. Sakan la ramai orang berebut-rebut nak dapatkan teddy bears nih termasuk jejaka ye.

Persembahan diteruskan dengan 6 buah lagu oleh Akim & The Majistret. Tak pasti kenapa depa nih dapat 6 buah lagu. Mungkin sebab stamina tinggi atau bayaran lebih murah kalau nak dibandingkan dengan Anuar Zain, Faizal Tahir dan KRU (nih spekulasi den je). 

Lagu-lagu daripada Akim & The Majistret nih lagi la den tak pernah tau hehehehehhehe. Layan je la tengok dia dok melompat sana sini. Ada beberapa lagu yang den tak beberapa nak dengar suara Akim menyanyi sebab ditenggelami oleh muzik yang dimainkan oleh bandnya. 

KRU yang akan membuat konsert KRU25 sempena 25 tahun mereka di arena muzik pada 4 - 6 Mei 2018 di Istana Budaya menyanyikan 2 buah lagu iaitu Terhangat di Pasaran dan Fanatik. Ha….den boleh la nyanyi sedikit lagu Fanatik tuh….jadi la kan hehehehehe.

Norman masih boleh rap lagi ye. Tak sangka Yusry memang segak orangnya.

Persembahan penutup adalah oleh Faizal Tahir yang menyanyikan lagu Gemuruh. 

Great performance by all singers. 

Kebanyak penonton termasuk jiran tetangga den yang pergi sekali dengan den tuh sakan ikut menyanyi ye. Den je la yang terkulat sorang-sorang sebab serious tak familiar dengan lagu diaorang nak-nak lagi si Akim & The Majistret tuh.

Walaupun tak tau lirik kepada 97% lagu yang dinyanyikan oleh semua penyanyi pada malam tuh, den tetap enjoy tengok persembahan semua artis tersebut.

Masa nak keluar daripada dewan ke tempat letak kereta, sempat la bergambar dengan composer Azmeer dan pengacara Isey tuh. 

Den rasa berbaloi je datang tengok konsert nih even kalau duduk di seat RM 50 pun tapi tak sure kenapa tak ramai orang. Mungkin sebab ramai orang tak tau tentang konsert nih sebab kurang publisiti gamaknya. Kalau tak silap den, UiTM mula promosi Konsert Emoji adalah pada 31 Oktober berdasarkan status di FB Konsert Emoji. Platform lain yang depa gunakan untuk promosi den tak pasti.

Macam sayang sangat ada ramai artis ngetop dengan harga tiket yang berpatutan tapi tiada crowd.

#Jiran-jiran den yang pergi sekali dengan den tuh dah tengok pelbagai konsert termasuk Bon Jovi, Search & Wing (Double Trouble), Siti Nurhaliza dan KRU. Den je yang first time tengok konsert hehehehehee.

0 Comments