Selepas member den bising sebab lama sangat melepak di Pasih Andus, makanya  kitaorang gerak ke Kelingking Beach yang terletak 10 km dari Pasih Andus. Dalam 40 minit juga perjalanan untuk sampai ke Kelingking Beach nih.

Entry fee untuk 1 sapeda motor adalah Rp 5K @ RM 2. Lepas je parking, den terus je singgah kat toilet yang sangat bersih dengan bayaran adalah Rp 5K @ RM 2.

Tempat nih dah jadi a touristy place di mana memang ramai dengan pelancong dan ada pelbagai gerai makan minum yang kita boleh pilih untuk berehat (den rasa kebanyakan orang yang dah turun ke pantai tuh mesti ramai yang akan berehat kat gerai-gerai yang ada nih sebab telah melalui satu perjalanan yang adventure.

Dari atas boleh nampak pemandangan pulau berbentuk kepala TRex. Kata member den pulau tuh dikenali dengan TRex Island. Disebabkan den memang la tak menyiasat langsung pasal apa-apa benda berkaitan trip nih, makanya den percaya je la cakap member den tuh hehehehee. Tapi serious memang ada rupa kepala dinosaur pulau tuh.
Denai semulajadi untuk turun dari atas cliff ke pantai yang terletak di bawah tuh adalah sangat ngeri ye untuk den. Den rasa 10 kali ganda ngeri daripada denai di Atuh Beach dan Rumah Pohon Molenteng.

Kitaorang sempat turun ¾ je denai tuh sebelum patah balik sebab denai tuh curam sangat. Member den sebenarnya bersemangat dan fit je nak turun sampai ke Pantai Kelingking tuh cuma dia ngeri tengok cara den turun denai tuh. Katanya cara den den turun sangat membahayakan yang mana kalau den tergelincir, dua-dua orang akan terhumban ke dalam gaung.
Every single step I took during hiking the trails at Klingking Beach tuh, I will said something like “Angelina Jolie…tunggu la aku wooiiii. Britney Spears…..macam mana nak turun nih oiiiii. Bruno Mars (nak jugak…)….aku tak suka la trail macam nih takut la. Keanu Reeves….ala kalo jatuh nih camne…mati la…waaaaa”. Dah la member den tak suka orang banyak songeh kan, memang la kalau ikut hati dia, dia humban den dalam gaung tuh hehehehehehe.

Membebel-bebel member den masa kitaorang naik turun trail nih. Antara yang den ingat “engkau nih memang budak bandar betul la. Sure la tak pernah panjat pokok manggis”.  Den tadah je la telinga dengar dia membebel. Apa lagi yang boleh dibuat kan.

Masa turun naik kat denai tuh, den terpikir yang den patut amik insurans yang lagi tinggi coverage dia yang kalau berlaku sebarang fatality yang menyebabkan kematian, buong boleh dapat pampasan at RM 2 juta huhuhuhuhu.

Masa turun naik denai yang super curam tuh, den memang sangat cuak gila, ada feeling akan tersalah pijak kat mana-mana batu atau pancang yang den dok berpaut kat tepi denai tuh akan tercabut lalu den terjatuh cenuram dan langsung mati katak. Like seriously terus kiok.

Lepas berjaya naik ke tebing cenuram tuh, den melepak kat satu kedai di antara beberapa kedai yang ada kat situ. Den minum air coke + air mineral sambil mengambil nafas + melayan tiupan angin yang serious sangat best.
Langsung tiba-tiba terdetik kat hati den ‘kalau dapat bukak kedai sempoi camnih pun best jugak. Jual je air tin, air botol, air kelapa, masak sempoi-sempoi macam masakan panas goreng-goreng, pisang goreng, ubi rebus, etc.’ A simple eatery business. Tak perlu pakai baju kurung bagai, pening-pening kepala pergi mesyuarat, menghadiri atau menganjurkan bengkel@seminar, etc.

Masa den cakap nak buat bisnes nih member den cakap ‘hang mana tau masak’. Yupp what a sport member den tuh. Memang bongok tau dia tuh.

Member den cakap dia nak buka pejabat kecil sebelah gerai goreng pisang den kat Pantai Kelingking. Pejabat tuh ada dua option je katanya iaitu teruskan relationship @ putuskan relationship. Kalo putus, tolak je terus spouse masuk gaung kat Pantai Kelingking tuh. Dia memang heartless.

Untuk siapa-siapa yang memang bukan suka aktiviti outdoor @ adventurous person macam den nih ha, Kelingking Beach adalah tempat yang serious mengerikan. Nak dapat tengok pantai yang chantek, kena menyusur turun naik denai yang super dangerous untuk den. Ada satu family orang putih tuh bersembang dengan dua orang makwe dari Jerman. Ayah dia cakap “the trail is a bit hard but you will make it because my two sons age 9 and 10 years old manage to go down”.

C…..untuk orang yang kaki hiking, adventurous, etc trail camnih kacang putih je bagi depa.
Member den agak bengang la dengan den sebab angkara den yang terpleot nak turun trail tuh, dia tak dapat nak tengok Pantai Kelingking yang merupakan tempat yang terutama yang dia sangat-sangat nak pergi dalam trip kali nih. I really feel very bad sebab termenyebabkan dia tak dapat tengok Pantai Kelingking tuh k. Serious den terkilan sebab dia miss the opportunity untuk tengok view pantai yang sangat meletops tuh.

Den suruh dia turun sekali lagi untuk tengok Pantai Kelingking tuh dan den akan tunggu je dia kat kedai makan tuh tapi dia cakap dia dah takde energy nak turun lagi sekali.

Lama juga kitaorang berehat dekat gerai tuh sebab dah takde tempat lain pun nak pergi selepas nih selepas member den batalkan untuk pergi ke air terjun Peguyangan kerana dia pasti benar den tak akan berjaya melalui tangga biru yang curam di kawasan berkenaan.

In sya Allah den akan datang lagi ke Pantai Kelingking nih bila depa dah sediakan denai atau tangga yang agak kurang ngeri sampai la ke tepi pantai. Untuk kawan den, den harap dia datang kembali ke Nusa Penida tak lama lagi untuk menghabiskan misi dia untuk ber sunbathing di Pantai Kelingking dan mandi di air terjun Peguyangan.

0 Comments