Justice League 2017
Biasa la den nih, orang lain dah tengok
cerita nih sebulan lepas, den baru berkesempatan tengok semalam.
Den sebenarnya takde high expectation
terhadap movie nih selepas insiden Batman v Superman : Dawn of Justice tuh.
Tak sangka movie Justice League nih best.
Justice League for me macam best
sangat….setanding je dengan Avengers. Nih pendapat orang yang tidak pernah baca
langsung komik DC dan Marvel la….yang tak tau jalan cerita atau keistimewaan
setiap superheroes yang digarapkan dalam setiap komik tuh.
Movie nih bagi den dari mula sampai habis
penuh dengan actions. Memang tak sempat nak terberangan sebab ceritanya fast
pace.
Sinopsis cerita secara ringkasnya adalah
Batman mengumpulkan 5 superheroes lain iaitu Wonder Woman, Superman, Aquaman,
Flash dan Cyborg bagi menentang Stephenwolf yang bercita-cita menakluk dunia.
#apa lagi storyline yang boleh dibuat kalau
melibat superheroes kan? Dah tentu kena selamatkan bumi atau planet lain
daripada dijajah oleh penjahat. Den tak pasti juga kenapa orang jahat
terutamanya makhluk asing berkenan sangat dengan bumi nih. Depa tak tau ke umur
bumi dah semakin tua, bumi dilanda pelbagai pencemaran dan ditadbir oleh
kebanyakan politikus yang malas den nak komen.
Batman dalam movie nih adalah seumpama Iron
Man dalam Avengers di mana terpaksa jadi ketua kumpulan bagi mendapatkan
kerjasama semua superheroes yang available membentuk satu pasukan bagi
menentang penjahat yang super terror.
Tapi ketua kumpulan sebenar dalam movie nih
bagi pendapat den adalah Wonder Woman. Gal Gadot is the Wonder Woman. Payah
juga nak cari galang ganti the next Wonder Woman di masa akan datang. Setiap
kali ada scenes yang melibatkan Wonder Woman, den terpesona dan dah terlupa
sekejap ada superheroes lain.
Cantik betul minah nih |
Flash ala-ala Spiderman dalam Avengers di
mana dia adalah ahli kumpulan yang terpaling muda yang tak sangka akan dijemput
masuk ke dalam kumpulan elite gittew. Dia teruja bila berjumpa superheroes lain
dan banyak bercakap (sama macam Spiderman juga). Banyak scenes lawak dicetuskan
oleh Flash.
Pak lawak in the movie. Si anak ikan yang berumur 20an. |
Den macam kecewa dengan Aquaman sebab dia
macam tak ummpphh sangat dalam movie nih. The same goes to Cyborg yang den rasa
kalau takde dalam movie nih pun tak apa. Tak pasti samada Aquaman boleh stand
alone dalam movie dia nanti.
Sayang watak tak beberapa nak berkembang |
Kalau takde pun tak mencacatkan movie |
Boleh tak dalam seramai-ramai superheroes
yang ada dalam movie nih, den berkenan dengan Steppenwolf si penjahat sebab den
rasa dia handsome hahhahahaha.
Tang mana yang handsome tuh? |
Ternampak kelibat Green Lantern. Hollywood
kena reboot movie Green Lantern dengan hero baru sebab movie sebelum ni dengan
Ryan Reynold adalah memang tidak best okay. Hopefully Green Lantern tidak
menerima nasib yang sama seperti movies Hulk yang telah dibuat dua kali dengan
dua heroes berbeza (Eric Bana dan Edward Norton) tetapi tetap tak best. Dah la
Green Lantern dan Hulk sama-sama warna hijau. Semoga nasib Green Lantern lebih
baik daripada Hulk.
Scene:
Barry Allen : What is your superpower?
Bruce Wayne : I am rich.
Mengingatkan den kepada scene:
Steve Rogers : Big man in a suit or armor.
Take that off, what are you?
Tony Stark : Genius billionaire, playboy and
philanthropist.
Walaupun Ben Affleck ala-ala nak ikut Robert
Downey Jr masa scene tuh tapi cara RDJ lebih bersahaja dan seksi.
Masa den tengok Flash dalam movie nih den
terfikir ‘di mana ya pernah kulihat mamat ini’. Rupa-rupanya den pernah tengok
dia berlakon sebagai Credence Barebone dalam movie Fantastic Beasts and Where
To Find Them.
Ada juga sesi terbandingkan tubuh kekar di
antara Aquaman dan Superman masa depa shirtless. Why don’t Batman go shirtless
and joint the wagon kan? It’s a shame the outcome of rigorous training by Ben
Affleck not being shown in this movie.
I think its time for us to cut some slack for
Ben Affleck and Henry Cavill.
Untuk Ben Affleck, dia dah buat yang terbaik
sebagai Batman walaupun sampai semalam den dan buong masih ada perasaan dia
bukan calon terbaik untuk Batman sebab dia kurang misteri dan kurang lincah.
Buong rasa other actors that will do better
justice to Batman are Jake Gylenhall (den rasa dia sajak), Tom Hiddleston (sajak
juga tapi dah jadi Loki) dan Michael Fassbender (not a bad choice but he is
already Magneto). Macam yang den pernah cakap dulu, Batman should be given to
unknown actor.
Ben Affleck nih berwajah romantic. Jenuh dah
dia buat muka dark and brooding tapi tuh la memang payah nak dapat aura
seumpama Christian Bale (the best Batman so far).
Nasib engkau la ye Ben Affleck. Adat la bila
mantan Batman adalah yang terbaik bagi ramai peminatnya dan pengkritik.
Sama la situasi dengan Menteri Besar
Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) telah meletakkan benchmark yang tinggi
kepada pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor dengan meninggalkan rizab sebanyak
RM 3.2 billion pada 2014 selepas 6 tahun mengambil alih tampuk pemerintahan
daripada Dr Khir Toyo (rizab masa nih RM400 juta). Bila MB ssekarang, Dato
Azmin Ali meningkat rizab Selangor kepada RM 3.26 billion pada 2015. Maknanya TSKI
dapat menyediakan rizab sebanyak RM267 juta/tahun dan MB Selangor sekarang
dapat sediakan rizab RM60 juta/tahun. Walaupun Dato Azmin Ali dah buat yang
terbaik, rakyat dan pengkritik sering membandingkan beliau dengan TKSI sebab
TKSI telah letakkan benchmark yang tinggi.
The same goes to Ben Affleck. Dah la rupa tak
beberapa nak dark and brooding kan, Christian Bale plak sangat cemerlang
sebagai Batman. Memang la akan dibandingkan selamanya sebab it is a big shoes
to fill.
Eh….apa kaitan ulasan movie superhero dengan
pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor?
So adakah TSKI adalah Batman aka Christian
Bale dan Dato Azmin Ali adalah Batman aka Ben Affleck?
Rasanya kita semua kena berlapang dada dan
terima hakikat yang Christian Bale is Batman no more. Kita terima hakikat Ben
Affleck is Batman sekarang.
This is our Batman now. Deal with it. |
Sama la dengan hakikat Michael Jackson is no
more. The great entertainers we have for this generation now are Bruno Mars and
Ed Sheeran. Eh nak jugak hhehehehehehehe.
Walaupun dalam movie Justice League nih,
memang jelas ketara tanpa bantuan Superman, kombinasi Batman + Wonder Woman +
Aquaman + Flash + Cyborg tidak akan dapat menandingi kekuatan Steppenwolf, tak
pasti kenapa den ada terasa Superman ni macam lembik skit?
Jelas dah Superman yang terpaling kuat di
antara semua superheroes yang ada dalam movie nih tapi mengapa ya Superman
tidak kelihatan gagah? Superman suit dah molek dah (tiada lagi spender merah
di luar suit), badan dah terlebih kekar dah, gigi dah sangat cantik dah. So apa
yang kurang ye?
Den rasa sebab air muka Henry Cavill yang
macam anak manja emak dan muka agak jambu. Superman seumpama Christopher Reeves
muka matang gittew. Tapi kalau nak dibandingkan Brandon Routh dan Henry Cavill
sebagai Superman, memang sajak lagi Henry Cavill nih.
Please man up a little will you |
Den harap sangat Henry Cavill diversify watak
dia dalam movies lain. I really hope he will succeed in Hollywood.
A great movie.
5 stars from me.
0 Comments