Jati Bungalow, Toya Pakeh, Nusa Penida
Jati
Bungalow nih terletak lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari jeti bot dari
Sanur ke Nusa Penida dan jeti boat dari Nusa Penida ke Nusa Lembongan. 2 jeti
bot yang berbeza ye.
Jati
Bungalow nih terletak di daerah Toya Pakeh yang mana motto @ cogan kata daerah
ini adalah ‘Bersama Membangun Desa Menuju Toya Pakeh Beriman’. Tak pasti kat
Malaysia ada tak cogan kata seumpama ini sedangkan kita adalah Negara dengan
agama rasmi Islam kan?
Setiap
homestay ala-ala macam rumah pondok yang dindingnya agak nipis dan beratap
nipah kalau tak silap.
Ada free
wifi tapi kadang-kadang takde internet.
Bilik takde
aircond dan takde televisyen. Ada kipas.
Mula-mula
tuh rasa weird la takde televisyen sebab den kan a couch potato + televisyen adalah
medium untuk menghubungkan den dengan dunia luar kot. Lepas menghabiskan hari
pertama kat sini, dah paham kenapa takde televisyen sebab orang memang tak
lepak bilik pun. Just balik untuk tidur lepas penat merayap ke hulu ke hilir.
Bilik dia
agak besar. Ada disediakan air mineral dan cerek, uncang kopi dan teh.
Chalet kitaorang |
Pintu dari dalam selak camnih je |
Bilik air
lapang. Semua selesa. Cuma takde disediakan sabun @ shower cream. Tak pasti la
kalau depa terlupa letak masa kemas bilik tuh selepas orang check out sebelum
kitaorang check in tuh. Yang ada hand soap je la. Disebabkan malas nak membeli
sabun atau shower cream walaupun kedai runcit sepelaung je makanya kitaorang
mandi pakai hand soap tuh je la hehehehhehe. Tak senonoh betul perangai kan.
Homestay
dekat dengan surau. Boleh dengar dengan jelas bila azan dan orang mengaji. Siap
dapat dengar satu upacara nikah kahwin yang dibuat masa kitaorang bermastautin kat
homestay tuh.
Masa nak tidur
malam pertama tuh, ada plak seekor cicak kobeng besar cucu biawak (besar lengan
den) dok merayap ke hulu ke hilir kat dinding dekat katil tuh. Dah den takut
den tidur ternganga mulut ke ape nanti cicak tuh masuk dalam mulut den.
Sudahnya den tidur dengan biarkan lampu terpasang.
Pros :
1. Dekat
dengan jeti iaitu jeti boat dari Sanur ke Nusa Penida dan jeti boat dari Nusa
Penida ke Nusa Lembongan. So save budget untuk sewa teksi untuk pergi homestay
dari jeti @ dari jeti ke homestay.
2. Breakfast
di kedai makan halal (Kedai Ku Hamzah) yang sepelaung dari homestay (tak sampai
3 minit berjalan kaki). Ada free wifi di sini.
3. Masjid
yang dekat dengan homestay. Naik sapeda motor dalam 4 minit. Kalo berjalan kaki
dalam 10 minit.
4. Bilik dan
bilik air yang selesa.
5. Dekat dengan kedai runcit dan kedai yang menyediakan perkhidmatan tour.
5. Dekat dengan kedai runcit dan kedai yang menyediakan perkhidmatan tour.
Cons :
1. Ada 3
ekor anjing yang berminat nak beramah mesra dengan penginap homestay. Ramah
tamah sangat anjing-anjing nih sampai sempat depa cium seluar den masa den
turun dari skuter tuh.
2. Dinding homestay yang
agak nipis. Kalau orang sebelah rumah bersembang memang boleh dengar
sebutir-sebutir apa yang depa sembangkan. So untuk honeymooners, macam kurang
sesuai la korang duduk kat homestay nih kalo korang plan nak beromantika d
armour bagai.
0 Comments