Hotel Grand Mega Spa & Resort, Kuta
Hotel yang paling mewah yang kitaorang duduk
pada trip kali ini dengan harga yang sangat best iaitu RM 171.50/malam siap
breakfast for two. Dengan bilik yang meletops dan kemudahan yang disediakan,
memang tak akan dapat di Malaysia dengan harga macam nih.
Lobi dia besar gila dan hiasannya sangat
cantik. Terasa macam hiasan macam dalam cerita magic dan khayalan pun ada sebab
ada bintang dan kristal bagai.
Haruslah ada gambar tuan tanah sedang berangan walaupun pakai selipar jepun je |
Welcome drink |
Bilik dia memang superb. Bilik sangat besar. Katil
dan bantal yang sangat empuk. Memang tidur lena sebab best sangat nih. Member
den ajak keluar pergi supermarket seberang jalan tuh pun den malas sebab tak
sanggup berpisah dari katil empuk. Memang heaven sangat perasaannya bila dapat
mandi air panas bekalan air tawar setelah 3 hari mandi air masin di Nusa
Lembongan + baring di atas katil dan peluk bantal empuk + tengok movie.
Bilik air dia sebesar bilik tidur siap dengan
bath tub. Di bath tub ada televisyen kecil. Ruang baju di dalam bilik air pun
simple dan cantik.
Disebabkan member den dah set jadual penuh
untuk esok hari, makanya den memaksa diri untuk mandi di swimming pool walaupun
dah malam. Sejam juga den berendam di dalam swimming pool walaupun kesejukan.
Ingatkan nak pergi sauna tapi kena booking dulu. Tak sempat nak booking makanya
tak berkesempatan la nak ke sauna tuh.
Pool yang den sempat berendam 1 jam |
Jakun sekejap tengok chandelier sebegini rupa di dalam lif |
Sebelah hotel nih ada KK Mart dan di seberang
jalan ada supermarket yang den tak ingat namanya. So senang je la nak cari
jajan, etc kalau kelaparan di malam hari.
Breakfast spread rasanya memang banyak dan
pelbagai food disediakan. Kena makan perlahan-lahan menghayati sebanyak makanan
yang kita boleh makan. Kalau nak lepak tepi pool masa breakfast pun boleh sebab
memang ada disediakan kerusi meja di luar restoran bersebelahan pool tuh. Kalau
duduk di kawasan dalam restoran, kita boleh makan sambil tengok televisyen.
Member den kata dia pilih hotel nih sebab
macam centre untuk kesemua tempat yang dia rancang nak pergi untuk 2 hari
terakhir kitaorang kat Bali nih. Dari hotel nih nak ke pekan Kuta dalam 10 - 15
minit naik sapeda motor. Dari hotel ke Lapangan Terbang Ngurah Rai pun tak jauh
mana, dalam 30 minit camtuh.
Hotel yang memang best kalau kita dapat lepak
lama-lama kat bilik sebab memang sangat selesa.
0 Comments