Kitaorang naik tram yang memang disediakan oleh pihak hotel ke entrance nak masuk ke Gambang Safari dan Water Park sebab entrance depa nih sebelah menyebelah je. 
Laluan nak menyampai ke tempat menunggu tram
Tempat menunggu tram

Kat dalam nih kitaorang naik satu tram lagi untuk ke tempat yang ada pertunjukan haiwan. Dari point naik tram kena berjalan dalam 10 minit untuk sampai ke tempat pertunjukan haiwan tuh yang bermula pada pukul 2.45 petang kalau tak silap. 

#kat sini ada beberapa sesi pertunjukan mengikut waktu tertentu.

Jenuh la jugaknya menapak di bawah terik mentari sebab susur gajah dia belum siap lagi huhuhuhuhu.
Pokok tak penuh lagi dekat susur gajah nih
Pelbagai pokok menjalar termasuk la pokok kacang panjang
Berpeluh ketiak sementara nak menyampai ke tempat pertunjukan haiwan
Sementara menunggu pertunjukan bermula, si F naik la kuda pusing satu round dengan bayaran RM 10. Boleh juga naik unta dengan bayaran yang sama untuk satu pusingan tapi sejak-sejak terbaca artikel pasal pengderaan haiwan untuk tunggangan manusia nih macam sedih plak. So den memang cuba nak kurangkan aktiviti menunggang haiwan cuma sekali sekala bagi la si F tuh naik kuda (2, 3 kali je dalam setahun pun).
Favourite dia naik kuda
Pertunjukan haiwan tuh adalah beberapa jenis binatang yang keluar ikut giliran menunjukkan diri di dalam sangkar kaca yang direka seumpama set dalam cerita Jurassic Park. Yang paling cute adalah beberapa ekor landak bergerak dalam landak dari satu point ke satu point. Comel sangat tuh.

Pertunjukan seterusnya melibatkan burung helang, hyena, harimau belang, singa albino (bewarna putih), rusa dan 2 jenis burung.
Terasa seumpama sangkar di dalam movie Jurassic Park
Singa albino yang di hujung sana
Sekejap sangat pertunjukannya dalam 15 minit je pun.

Lepas habis tengok pertunjukan nih, kitaorang naik tram untuk tengok binatang di dalam habitat ala-ala semulajadi. Tengok dari dalam tram je sebab semua haiwan dibiar berkeliaran secara bebas. Ada seorang staf yang akan memberikan penerangan di setiap tempat yang kita berhenti untuk tengok haiwan tuh termasuk sifat haiwan tersebut.

Contohnya cheetah boleh berlari selaju 130 km/jam tetapi dia boleh berlari laju macam tuh selama seminit je sebelum dia kena slow down mengambil nafas dulu. Gigi hyena sangat tajam di mana depa boleh menghancurkan besi.

Antara haiwan yang kitaorang tengok adalah badak berendam, gajah, cheetah, hyena, singa, seladang, rusa, kerbau, lembu, buaya, etc.

Budak-budak paling enjoy tengok haiwan nih semua. 

Memang okay cuma aircond dalam tram tuh tak terasa. Maka bersauna la kitaorang semua dalam tuh sambil melihat haiwan. Dalam 45 minit juga nak pusing ke semua tempat haiwan nih.

Through out the journey tuh, haram sekeping gambar pun den tak ambil sebab malas dan menghayati pemandangan gittew.

Bila balik semula ke point masa kitaorang turun untuk tengok pertunjukan haiwan tuh, kitaorang dah malas nak tunggu tram untuk balik ke entrance. Kitaorang berjalan kaki ke balik ke entrance di samping menyinggah di sana sini melihat haiwan yang ada walaupun dah kepenatan sebab bersauna tadi.

By the time kitaorang sampai ke tempat pertunjukan burung, pertunjukan telah pun tamat tapi sempat la kitaorang bergambar sekupang dua dengan burung yang ada di atas pentas tuh.
Dari sini kitaorang terus berjalan ke pintu keluar yang mengambil masa lebih kurang 20 minit di samping singgah di sana sini untuk tengok haiwan yang ada di situ.
Sempat singgah di kedai cenderahati yang ada dan membelikan figura binatang (1 pack ada 3 ekor binatang dengan harga RM 1.90) untuk budak-budak tuh.
Waktu malam sebenarnya ada Night Safari dan persembahan Tarzan dan Jane pada pukul 8 malam tapi disebabkan dah kalut nak mencari klinik gigi, makanya tiada la rezeki kitaorang untuk tengok pertunjukan tuh.

Semasa lawatan kitaorang ke sini, ada beberapa kawasan yang sedang di dalam penambahbaikan untuk memberi lebih keselesaan kepada pengunjung.

Tempat yang menarik untuk kiddos dan parents.

Tempat nih ditutup setiap hari isnin bagi tujuan penyelenggaraan.

0 Comments