Dekat semua aktiviti di Gambang Resort termasuklah Safari dan Water Park nya tak pasti la kenapa den tak beberapa ada mood nak ambil gambar. Mungkin penat sedikit melayan kereta rosak dan F sakit gigi, makanya gambar yang diambil sekadar ada je la.

Den ambil pakej RM 366 untuk hotel 1 malam + 2 tiket untuk dewasa bagi Safari dan Water Park + breakfast untuk 2 orang yang dibeli melalui website Gambang Resort. Kitaorang beli tiket combo Safari dan Water Park untuk kiddos dengan harga RM 56/orang. Untuk breakfast patutnya kena bayar RM 17 untuk F tapi disebabkan tak ramai orang, staf kat situ tak kenakan bayaran. Rezeki F la gittew.

Hotelnya memang best la sebab biliknya luas dan siap ada balkoni.

Kitaorang paling suka sebab katil dia lebih luas daripada katil di hotel Elmark kat Kuantan tuh hehehehhehe. Memang selesa la tidur sebab lapang katilnya tuh.
Hotel mahal memang la ada facilities yang extra sedikit daripada hotel bajet biasa. Ada disediakan peti sejuk, iron dan iron board, sejadah, extra pillow, etc.
Bilik air memang selesa, usual standard. Seronok mandi air panas sampai kecut-kecut jari.
4 bintang untuk hotel nih.

Untuk breakfast spread sangat sederhana, mungkin sebab tak cuti sekolah gamaknya dan bukan weekend. 

#den tak ambil gambar walau sekeping pun di café sebab kemalasan.

0 Comments