Buku Dunia Tanpa Tembok ni menyatakan yang kita “perlu memahami prinsip balance of power, kuasai prinsip realpolitik, wujudkan diplomatic leverage, perhalusi hard power, soft power, smart power, manipulasi international public opinion, etc”.

#serious menaip perkataan-perkataan yang diitalickan tuh pun den dah rasa pening sebab serious bebenar kosakatanya tuh tapi itulah dia intipati buku nih. 

Den dengan pembacaan serius dan ilmiah adalah tidak sekufu atau secocok begitu. Tak pasti adakah ianya disebabkan den malas atau otak den tidak dapat nak digest heavy informations beserta fakta atau den blur atau den tak pernah nak mencuba atau semuanya sekali.

Bila terbaca maklumat-maklumat yang dikarang oleh Ayman Rashdan Wong di FB beliau masa den mula follow dia pada bulan Ogos 2017, den ada rasa ‘eh den suka la ulasan atau pendapat tentang benda yang serius tapi den boleh faham’ camtuh la. Tapi disebabkan beliau dah menulis lama, jenuh la kan nak scroll tengok FB dia nak baca penulisan dia yang terdahulu. 

Malas + nak cari masa yang bertenang untuk baca tulisan ilmiah menyebabkan den tak terbaca-baca posts dia yang terdahulu. Alasan sangat nih. Kalau gossips, sanggup tau bersengkang mata membaca, etc. Haish. Lagho sungguh.

So bila dimaklumkan yang beliau akan membukukan ulasan-ulasan beliau, makanya den teruja nak beli dan baca.

Den baca buku nih dalam masa 3 hari. 

Bagi den yang memang tak pernah tau apa-apa pasal hubungan antarabangsa (international relations) dan tidak berminat nak google pasal sejarah dunia bagai nih, den memang gembira den boleh faham dengan agak mudah isu berat dan serious yang digarap di dalam buku ini. 

Memang ada beberapa perenggan yang den ulang baca untuk memahamkan apa yang nak disampaikan oleh penulis tapi ianya tidak memberatkan otak den. 

Banyak betul kosakata yang first time den jumpa dalam buku nih sampai tak terhubung sel-sel otak sekejap nak memahaminya. Banyak juga kosakata yang den tak faham hahahahahaha.

Den memang gembira dapat baca buku ilmiah yang tidak mencederakan otak den.

Den rasa hampir 95% maklumat di dalam buku yang menganalisis tentang pelbagai perkara berkaitan geopolitik (politik dunia berdasarkan faktor geografi) bagi pelbagai negara yang den tak pernah tau atau tak pernah nak ambil tahu. Antaranya: 

1. perkara berkaitan “Make America Great Again” (antara factor yang menyumbang kepada kejayaan Donald Trump menjadi President Amerika Syarikat yang ke 45) dan “Make Japan Great Again”;

2. “Peace With Honor” dan “Perjanjian Paris Peace Accord” yang kedua-duanya berkaitan dengan Richard Nixon. Kalau sebut pasal Richard Nixon, den cuma teringat pasal skandal Watergate je sebelum nih’;

3. Bapa Penyatuan Semula Jerman iaitu Helmut Kohl;

4. Tembok Besar China sebenarnya adalah lambang kelemahan pemerintahan China;

5. nasionalisme orang China melalui filem Ip Man I dan II;

6. perasaan malu dan semangat juang Jepun;

7. isu Korea Selatan dan Korea Utara termasuk teknologi nuclear Korea Utara;

8. kepentingan K-Pop dan K-Drama sebagai soft power kepada kemandirian dan daya saing Korea Selatan;

9. sejarah konflik dan tragedi di Syria;

10. do we ever realize that there is a 2 year war in Yaman and still ongoing?;

11. sifat manusia dan hubungan antarabangsa (realisme, liberalisme, neorealisme, konstruktivisme dan marxisme);

12. Presiden Turki dan Filipina serta percaturan mereka;

13. perpecahan umat dan kejatuhan Kerajaan Khalifah Bani Abbasiyyah;

14. perang 6 hari pada 5 – 10 Jun 1967 yang menyebabkan Baitulmaqdis dirampas oleh Israel. Dinyatakan dalam buku ini, kali terakhir Baitulmaqdis jatuh pada 1099, umat Islam mengambil masa 88 tahun untuk membebaskannya dengan pimpinan Nuruddin dan Salahuddin al-Ayyubi.

#Salahuddin al-Ayyubi den pernah terbaca pasal beliau tapi Nuruddin first time den dengar melalui buku nih.

15. kenapa China semakin aktif melabur di Malaysia dengan membina pelbagai infrastruktur, etc;

16. isu Rohingya. Kenapa ia berbeza dengan isu Bosnia pada 1992 - 1995?

Banyak lagi yang diceritakan di dalam buku nih. Den cuma petik sekupang dua je isinya.

Buku nih memberi banyak maklumat baru kepada diri den terutamanya tentang perkara berkaitan dengan keputusan atau pendekatan yang Malaysia telah ambil sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Rahman hingga la ke Perdana Menteri yang sekarang berkaitan hubungan luar negara.

Buku nih juga membuatkan den yang kadang kala sempat membaca tentang konspirasi Illuminati, Freemason dan seumpamanya melihat perkara-perkara ini daripada sudut yang berbeza.

Dalam banyak-banyak bingkisan dalam buku nih, den paling terkesan dengan jawapan Imam Ahmad bin Hanbal di mukasurat 177 iaitu “pilihlah pemimpin yang kuat meski banyak dosa, kerana kekuatannya memperkuat umat, sedangkan dosanya untuk dirinya sendiri. Pemimpin yang soleh tapi lemah, kesolehannya untuk diri sendiri, sedangkan kelemahannya dapat membahayakan dan melemahkan umat”.

Den rasa buku nih sesuai dibaca oleh semua rakyat Malaysia untuk memahami kenapa Malaysia bertindak sebegitu untuk sesuatu isu walaupun kita rasa Malaysia coulda, shoulda and woulda do something else about that certain issue.

Den suka buku nih, berilmiah tetapi tidak memeningkan otak untuk memahaminya.

#Den harap Encik Ayman Rashdan Wong nih akan keluarkan buku seterusnya tak lama lagi. Terima kasih atas perkongsian maklumat di dalam buku Dunia Tanpa Tembok yang sangat menarik nih.

0 Comments