Ada pelbagai restoran menyajikan makanan bertemakan seafood di sepanjang pantai Jimbaran nih. 

Member den cakap berdasarkan pembacaan dia kat blog, ramai orang kata seafood di Lia Café adalah antara yang sedap camtuh la. Makanya kitaorang makan di sini.

Rasanya semua restoran di sepanjang Pantai Jimbaran nih temanya menikmati makanan laut di atas pasir sambil menghadap laut untuk tengok matahari terbenam camtuh la. Penuh meja makan di atas pantai k. Den rasa macam tak dapat je la nak fefeling romantic ke apa kat sini sebab penuh orang kot.

Ada pelbagai set menu di restoran nih. Mula-mula berangan nak ambil set yang ada lobster tapi macam besar la plak portion nya. Makanya kitaorang ambil set yang paling murah dengan portion yang paling sedikit dengan harga Rp 325,000 @ RM106. Mana-mana set adalah terdiri daripada sekumpulan seafood, nasi, sayur, sup, 3 jenis sos, 2 jenis air dan buah-buahan.

Takde la lama sangat menunggu walaupun orang ramai sebab mungkin diaorang just masak masakannya sekali harung sebaga kuahnya ala-ala kuah shell out kat Malaysia yang den pernah makan tuh.

Disebabkan makan di tepi pantai, haruslah ada perasaan nak minum air kelapa. Makanya di samping teh botol yang memang dah termasuk dalam set yang dipilih tuh, den ambil sebji buah kelapa. Makanya makannya tak setera mana dok sakan minum air je la.

Best je la makan sambil tengok sunset, menghadap laut dan mendengar bunyi desiran ombak memecah pantai….hahahahha….ayat skima walaupun food dia biasa je la bagi den. Rasanya seafood yang den pernah makan kat Langkawi dan Perlis paling sedap ikut mulut den la. Bagi den, dinner di Jimbaran nih adalah lebih kepada dinner with a view.

Walaupun ambil pakej yang paling minima seafood nya, tetap la juga tak habis makan sebab portion nya agak banyak. Kenyang bagai nak meletup perut makan kat sini. Balik hotel terus la tidur pengsan.

#Dinner di Jimbaran adalah merupakan agenda tertunggak yang tak sempat dilaksanakan masa first visit to Bali Februari lepas.

0 Comments