Tempat yang sesuai untuk melepak sebab luas dan nyaman. Boleh bertenang-tenang menghayati laut yang super cantik dan ombak yang menghempas batu dan batu karang lalu membentuk water blow.

Kat sini ramai orang mengambil gambar dengan water blow yang berlaku di beberapa tempat.

Cantik dan menarik juga water blow nya walaupun water blow tercantik di dalam trip kali ini adalah di Pasih Andus.
Antara gambar favourite den

Komen yang den terima bila pakai baju macam nih.

Member den : Engkau macam minah Indon.

My ex-boss : Dressing macam nak memasak kat dapur.

Kawan satu ofis : Dressing macam baju tidur.

Den : Yang penting den selesa hehhhehehehhee.

Kitaorang melepak agak lama di sini. Duduk diam-diam tak menyembang apa pun, sibuk melayan perasaan. Den of course la dok berangan nak repeat tempat nih. Tidak la den tahu apa yang member den dok fikir (mungkin menyesal bawa den dalam trip nih gamaknya hehehehehehe).

Masa kitaorang ke sini, masuk masih percuma. Ada dua buah pondok yang telah dibina di kawasan ni. Tak pasti untuk jualan minuman dan makanan ringan atau sebagai pondok tol.

Kawasan nih tiada lagi kemudahan tandas dan kedai makan.

View memang meletops nak nak lagi kalau sempat capture wate blow yang tinggi.

0 Comments