Perhentian terakhir sebelum kitaorang balik semula ke Jati Bungalow.

Dari Bukit Teletubbies, kitaorang ambil masa lebih 1 jam untuk perjalanan sejauh 25 km of course melalui jalan raya yang tidak sempurna dan penuh berliku.

Crystal Bay nih tempat melepak berehat-rehat terutamanya untuk tengok matahari terbenam.

Kat sini dah jadi tourist spot so memang banyak gerai-gerai menjual makanan dan minuman. Ada juga disediakan kerusi di bawah payung untuk kita berehat lepas penat berjalan di pesisir pantai dan main air laut.
Disebabkan den dah penat sangat, den duduk berehat je kat satu spot tak bergerak-gerak. Takde berjalan di pesisir pantai. Just duduk terjelepok sambil menahan hati daripada membebel kat member den sebab naik motor lama gila kat atas jalan raya yang ngeri untuk den.

Mula-mula kitaorang plan nak minum kat sini sambil tengok sunset tapi disebabkan kitaorang ngeri sebab kebanyakan jalan raya tiada lampu jalan + kebarangkalian untuk terjatuh @ mengalami kecelakaan tinggi sebab naik skuter di jalan yang tidak sempurna dan penuh berliku tuh, makanya kitaorang lepak kat Crystal Bay dalam setengah jam sebelum bergerak balik ke Jati Bungalow yang terletak 7 km dari sini.

0 Comments