Big Bad Wolf, 8 -18 Disember 2017, MIECC, The Mines
Acara tahunan jualan buku besar-besaran
bermula dari 8 hingga 18 Disember 2017.
24 jam.
4.5 juta buku.
Semalam den berjaya pergi ke jualan ni
seorang diri.
Di luar main hall yang menempatkan buku-buku
nih, ada pelbagai kiosks yang menjual macam-macam (rasanya lebih banyak dari
kiosk tahun lepas). Ada jualan stationaries, prepaid DiGi, kad kredit Hong
Leong, pakej pelancongan, hartanah oleh Mah Sing, etc.
Masuk je pintu utama dah nampak lambakan buku
dengan pelbagai genre.
Ada pelbagai jenis buku k.
Ada English, Bahasa Melayu dan Chinese books.
Buku-buku English ada genre fiction (general,
romance), non-fiction, children books (buku rujukan dan buku aktiviti), travel,
religion, craft and hobbies, health, architecture, gardening, history,
biographies, music and movies, comics, etc.
Buku-buku melayu genre agama, fiction dan
non-fiction, komik (majalah Ujang dan APO), novel tangkap leleh, buku rujukan
dan buku aktiviti etc semua ada.
Den rasa 80% English books, 10% buku Bahasa
Melayu dan 10% Chinese books.
Banyak penambahbaikan yang telah dibuat di
event nih.
Antaranya adalah satu ruang kerusi dan meja
untuk kita berehat lepas penat membeli belah buku.
Ada ruangan Ejen Ali yang menyediakan ruang
untuk kanak-kanak mewarna dan mencuba halangan tali ala-ala laser (bagi kiddos
feel jadi ejen gittew) di samping mascot Ejen Ali tuh sendiri + kucingnya si
Comot. Memang meriah kat sini k dengan keluarga with kiddos yang mengambil
peluang untuk bergambar dengan Ejen Ali dan Comot.
Ada juga ruangan kita simpan buku yang
dipilih sebelum kita sorting.
Ada café yang menyediakan simple menu macam
nasi lemak, meatballs, pasta, etc dengan harga berpatutan.
Ada ruangan untuk berehat sambil sorting buku
sebelum kita proceed ke kaunter bayaran.
Den tak ingat berapa kali den dah pernah
pergi ke event BBW nih tapi semuanya bawa kiddos dan dalam keadaan tergesa-gesa
sebab nak kejar kiddos di samping nak grab buku yang den berkenan. Memang tak
sempat la nak baca synopsis buku bagai sebab dok kalut dengan depa. Rasanya
spend masa dalam 1 jam je selalunya.
Semalam den spend 4 jam untuk pilih semua
buku yang den berkenan dan berjalan ke hulu ke hilir tengok buku lain yang
menarik.
Den rasa kali ni 60% buku adalah buku
kanak-kanak. Siapa yang buka taska atau tadika memang seronok la pilih buku kat
sini.
Kebanyakan buku rujukan dan buku aktiviti
adalah untuk kanak-kanak darjah 4 ke atas terutamanya PT3 dan SPM.
Fiction English novels macam sikit pula
rasanya (ke perasaan den sahaja).
Disebabkan den datang dah lepas seminggu
event nih bermula, makanya buku-buku daripada authors yang popular macam Mitch
Albom telah habis dijual…huhuhuhuhuhu.
Walau macam mana pun, den still berpuas hati
sebab den ada masa 1.5 jam untuk cari buku yang den berkenan. Den jumpa 20 buah
fiction novels dengan harga antara RM 10 - RM 15 sebuah. Kemudiannya den
meronda di sana sini selama 1 jam.
Den spend another 1 hour untuk sorting buku
yang betul-betul den berkenan dan end up with 14 books dengan jumlah harga RM
145.
Den melepak makan meatballs selama 30 minit
kat café sebelum membuat bayaran dan seterusnya bergerak keluar dari main hall.
Jenuh nak menghabiskan meatball tuh sorang-sorang |
Den
tak beli sebuah buku pun dekat kiddos sebab depa dah banyak buku cerita (tunggu
den je nak melayan depa membacanya uhuhuhuhuhu). Buku aktiviti yang ada den tak
berkenan plak. Majalah APO dan Ujang untuk buong pun den tak beli sebab RM5
sebuah. Kalau kat Pesta Buku biasanya boleh dapat sebuah dengan harga RM2.
Tersangkut sekejap kat bahagian posters yang
colourful.
Disebabkan den pergi pada hari cuti umum
makanya memang ramai la orang. Ada la adegan terlanggar orang dengan troli
sekupang dua.
Ada lebih kurang 6 hari lagi jualan buku nih
akan berakhir. So there are still time for you to go there and grab the
bargain.
Sila bawa beg atau troli sendiri supaya
senang nak angkut buku ye.
3 Comments
Ce kongsi gambo buku tu.. 😁
ReplyDeleteheheehhehehehehee
DeleteCe kongsi gambo buku tu.. 😁
ReplyDelete