Bali Day 7
Day 7 - sewa
motor - Pasar Seni Sukawati - Tegenungan Waterfall - Bali Zoo (singgah je tak
masuk pun) - Ladang Gemitir (marigold) di Temukus - Candidasa Beach -
Melasti/Unggasan Beach - Jimbaran Beach.
Lepas breakfast sampai nak pengsan kat hotel,
kitaorang terus keluar berjalan-jalan dengan sapeda motor yang disewa melalui
guard hotel Grand Mega Spa & Resort tuh.
Mula-mula kitaorang pergi ke Pasar Seni
Sukawati. Dalam 45 minit lebih juga perjalanan ke sini. Masa kitaorang sampai
ke Pasar Seni Sukawati nih, pasarnya baru dibuka. Kitaorang berjalan tengok barang-barang
jualan kat sini. Antara barang-barang jualan yang ada adalah pakaian,
cenderahati dan lukisan. Den beli baju tshirts untuk buong dan kaftan untuk
diri den. Ada je 2, 3 lukisan yang den macam terberminat di sini tapi tak
tertanya harga pula. Langsungnya memang tak terbeli la kan. Dah balik Malaysia
baru macam terkilan kenapa tak beli at least satu lukisan kan sebab ramai orang
kata lukisan kat Bali nih harganya mampu milik. Haish….macam nak kena repeat
lagi Bali nih sebab nak beli lukisan hehhehhehehehe.
Lepas berjalan-jalan dalam setengah jam di Pasar
Seni Sukawati, kitaorang terus ke Tegenungan Waterfall yang terletak lebih
kurang 3 km dari Pasar Seni Sukawati tuh. Tegenungan Waterfall nih adalah
touristy area. So memang penuh dengan pelancong. Akan cerita pasal tempat nih
dalam entry lain ye.
Seterusnya selepas berpenat lelah naik turun
tangga di Tegenungan Waterfall, kitaorang pergi ke Bali Zoo sebab member den
kata boleh makan tengahari kat sini sambil tengok gajah ke harimau (den dah
terlupa) tanpa perlu bayar tiket masuk. Alih-alih bila sampai kat Bali Zoo tuh,
pekerja kat situ maklumkan tetap kena beli tiket masuk untuk lunch bersama
haiwan tuh. Ape jadahnya kalau dah beli tiket tapi tak melawat zoo tuh kan?
Makanya kitaorang terus la beredar dari sini sebab apa jadahnya nak tengok
binatang kat zoo tak pasal-pasal. Den pergi zoo kat Malaysia selama nih pun
disebabkan melayankan budak-budak tuh. Kalau tak kerana kiddos, tak kuasa la
nak pergi zoo. Makanya agenda ke Bali Zoo nih sekadar persinggahan yang tidak
mendatangkan hasil la camtuh.
Dari Bali Zoo, kitaorang naik sapeda motor
naik turun bukit bukau dengan sebahagian jalan yang agak ngeri untuk tengok
ladang bunga marigold (gemitir) di Temukus (kalau tak salah nama tempatnya la).
Jauh k perjalanannya dalam 1 jam 45 minit. Walaupun perjalanan tidak sengeri
semasa perjalanan di Nusa Penida tapi tetap sedikit ngeri juga sebab naik turun
bukit di sini. Akan share gambar di ladang gemitir kengdian ye.
Lepas mengambil gambar sekupang dua di ladang
bunga gemitir, kitaorang meneruskan perjalanan selama 1 jam ke Candidasa Beach.
Lepak dalam 30 minit kat sini sambil minum teh botol melepaskan lelah sebelum
meneruskan perjalanan terjauh pada hari ini iaitu sejauh 77.7 km ke Melasti @
Unggasan Beach yang bersebelahan dengan Pandawa Beach.
Lepas melepak selama 1 jam di Melasti @
Unggasan Beach, kitaorang bergerak ke Jimbaran Beach sejauh 13 km untuk makan
dinner seafood di atas pasir pantai sambil melepak menengok matahari terbenam.
Ramai betul orang makan dinner kat sini. Kitaorang ambil set yang paling kecil
je tetapi tetap tak habis makan sebab banyak makanannya.
Lepas kekenyangan, kitaorang berjalan sekejap
di Pantai Kuta sebelum balik ke hotel dan tidur pengsan sebab kepenatan.
Kesimpulan perjalanan untuk hari ini adalah:
Grand Mega Spa & Resort - Pasar Seni
Sukawati : 45 minit (24.7 km)
Pasar Seni Sukawati - Tegenungan Waterfall :
8 minit (3.1 km)
Tegenungan Waterfall - Bali Zoo : 15 minit
(7.2 km)
Bali Zoo - Ladang Gemitir : 1 jam 45 minit (54.1 km)
Ladang Gemitir (marigold) di Temukus -
Candidasa Beach : 1 jam (26.8 km)
Candidasa Beach - Melasti/Unggasan Beach : 2
jam 9 minit (77.7 km)
Melasti/Unggasan Beach - Jimbaran Beach : 30
minit (13 km)
Jimbaran Beach - Kuta Beach : 24 minit (8.4
km)
Kuta Beach - Grand Mega Spa & Resort : 18
minit (5.3 km)
Berdasarkan google map (tidak termasuk
tersalah jalan, berpusing balik, etc) masa yang diambil untuk semua perjalanan
pada hari ini adalah lebih kurang 7 jam 14 minit bagi jarak 220.3 km.
1 Comments
SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
ReplyDeleteINI IALAH CERITA SAYA
Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.
Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.
Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.
Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapatkan pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com
UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
Murni Santi
murnisanti55@gmail.com