Bali Day 6. Travelling From Nusa Lembongan To Kuta.
Day 6 - check out
dari hotel - lepak tepi pantai Jungutbatu sampai petang - naik the last boat
dari Nusa Lembongan ke Sanur - dinner di Warung Mak Beng - amik grab ke Hotel
Grand Mega Spa & Resort.
Lepas je subuh, den pergi jalan sorang-sorang
kat pantai mengutip cangkerang siput dan karang yang comel sebelum breakfast
with the view.
The sunrise on the last day at Nusa Lembongan |
Lepas check out dari hotel dalam pukul 10
pagi, kitaorang berjalan kaki ke Bali Eco Deli yang menyajikan masakan organic
camtuh. Lepak kat situ almost 1 jam makan kek dan minum kopi.
Then lepak kat depan hotel sampai tidur lena
sementara nak tunggu jeep fetch kitaorang pukul 4 petang untuk dibawa ke jeti
bagi menaiki bot ke Sanur.
Hatinya tertinggal di sini |
Sedih k nak tinggalkan Nusa Lembongan nih
sebab ianya best sangat.
Dari tepi pantai kena meranduk air sedikit
untuk naik bot kecil. Bot kecil akan membawa kita ke bot besar yang parking di
tengah laut sedikit due to air surut. Dari bot kecil pindah naik ke bot besar
yang akan membawa kitaorang ke Sanur. Boat ride dari Nusa Lembongan ke Sanur
dalam 30 - 35 minit.
Muka pasrah kena kembali ke realiti |
Sampai je tepi pantai di Sanur, kena meranduk air
sikit sebab masa tuh air surut. Bags kita akan diletak di tepi pantai je. So
pandai-pandai sendiri la nak angkut bag melalui batuan untuk sampai ke mainland
Sanur tuh.
Angkut beg sendiri melalui batu batan nih ye |
Kitaorang makan Sup Kepala Ikan di Warung Mak
Beng. Kalau datang ke Bali, wajib singgah ke sini k sebab food dia walaupun
simple tetapi sangat sedap.
A must kalau ke Sanur ye. Sedap sangat. |
Lepas late lunch tuh terus cari Grab untuk ke
hotel terakhir bagi sesi berjimbaan kali ini iaitu Hotel Grand Mega Spa &
Resort di Kuta. Dari Sanur ke hotel mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Disebabkan sakan mandi air masin di Nusa
Lembongan, makanya terasa heaven gila dapat mandi air tawar di hotel nih.
Kitaorang just lepak tengok tv dan
berehat-rehat je kat hotel.
0 Comments