Day 5 - sewa sapeda motor - Mushroom Bay Beach - Devil’s Tear - Dream Beach - minum di Warung Putu - Yellow Bridge ke Nusa Ceningan - Mahana Point - Blue Lagoon - Secret Beach - minum di Warung Chandra - dinner at Warung Pondok.

Terjaga daripada tidur dalam 4.30 am. Dah tak boleh tido sampai ke Subuh. Lepas solat Subuh terus mandi air masin. Then berjalan sorang-sorang kat pantai sebab member den nak tidur lagi. Den saja tinggal handphone kat bilik.

Tak ramai lagi orang bangun berjalan-jalan kat pantai pukul 6++ am camtuh. Cuma ada seorang mamat orang putih sedang berjogging di tepi pantai, beberapa pekerja tengah sediakan breakfast untuk guests + beberapa ekor anjing sedang bermain sesama diaorang.

Takut juga berjalan sengsorang kat pantai tuh sebab takut anjing-anjing tuh nak beramah mesra. Den berjalan sampai kat hotel yang hujung sekali, Mandiri. Lepak sorang-sorang tengok laut, ombak dok menghempas pantai + layan angin laut waktu pagi + tanam kaki dalam pasir laut yang halus memang menenangkan. Tatau camne nak describe perasaan tuh. Ala-ala masa untuk pause dan reflex gittew.

Dalam suasana camtuh, sempat la fikir macam-macam termasuklah nak datang lagi ke pantai nih tahun 2018. Berangan nak buat a first solo trip gittew.

On the way balik ke hotel, masa dok berjalan kat tepi pantai tuh, terjumpa plak seekor cangkerang siput yang sangat chantek. Langsung la kan berangan nak kutip seashells & corals yang comel dan letak dalam bekas kaca buat kenangan dan dijadikan sebagai pemberat untuk tindan kertas camtuh. Dah sakan dok kutip seashells dan corals dari hotel yang penghujung tuh sampai la hotel yang den menginap padahal dah janji dengan member den nak breakfast 730 am. Sampai je kat hotel at 8 am dah nampak member den tercokoh depan hotel, membebel dia sebab den tak tepat masa hehehehehhe.

Breakfast included dalam pakej hotel. Best sangat kot breakfast fruits + banana pancake + hot coffee sambil mengadap laut. Tera nih pun den dah rasa best dan nyaman sangat, tatau camne feelingnya kalo breakfast di Maldives kan. Amboiiiiii…..berangan tak ingat hehhehehehehehe.

Lepas breakfast naik motor ke Mushroom Bay Beach. Tiada apa yang menarik di pantai ni sebab ianya dijadikan sebab tempat untuk naik turun penumpang dan barang. Sempat den shopping sehelai baju kat kedai yang ada kat sini.
Mushroom Bay
Sempat shopping sekupang di sini

Then ke Devil’s Tear dan Dream Beach. Ada water blow jugak kat sini. Kat Dream Beach tuh tengok orang putih sakan dok mandi laut. Macam best mandi kat situ sebab ombak dia besar.

On the way to Jambatan Kuning (Yellow Bridge) yang menghubungkan Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan, singgah minum kat Warung Putu.

Lepas minum terus je gerak ke Jambatan Kuning untuk ke Nusa Ceningan. Ramai tourist from China dok amik gambo kat sini.

Kat Nusa Ceningan nih kitaorang minum dekat Mahana Point sebab nak tengok pemandangan di situ.

Seterusnya kitaorang pergi tengok pemandangan cantik di Blue Lagoon.
The breathtaking view at Blue Lagoon
Gambat tuan tanah dilupa jangan

Singgah sebentar di Secret Beach tapi member den tak jadi nak melepak kat sini sebab kena beli minuman baru boleh masuk ke kawasan pantai dia (dah jadi macam private beach. Kalau nak lalu, kena bayar entrance fee dalam bentuk pembelian makanan dan minuman macam tuh la).
Secret Beach

Dari Secret Beach terus je kitaorang ke Warung Chandra untuk minum air jus naga yang sedap tuh.

Then balik terus ke hotel berehat-rehat tengok sunset sebelum naik skuter untuk dinner buat sekian kalinya di Warung Bamboo.

Sesi berjalan di Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan nih tidak padat sangat dan perjalanan semua dekat-dekat sebab kedua-dua pulau adalah kecil kalau nak dibandingkan dengan Nusa Penida.

Yogi Bungalow, Jungutbatu - Mushroom Bay Beach : 16 minit (4.5 km)

Mushroom Bay Beach - Devil’s Tear : 6 minit (1.1 km)

Devil’s Tear - Dream Beach : 3 minit (700 m)

Dream Beach - Warung Putu : 10 minit (2.6 km)

Warung Putu - Yellow Bridge : 1 minit (280 m)

Yellow Bridge - Mahana Point : 8 minit (2.8 km)

Mahana Point - Blue Lagoon : 1 minit (160 m)

Blue Lagoon - Secret Beach : 6 minit (1.1 km)

Secret Beach - Warung Chandra : 8 minit (1.3 km)

Warung Chandra - Warung Pondok : 10 minit (1.5 km)

Disebabkan tak terasa jauh dan ngeri berada di atas sapeda motor, kitaorang siap meronda ke kawasan paya bakau yang belum dibangunkan lagi.

Den suka aktiviti macam nih la. Dapat juga tengok pemandangan cantik tapi tak perlu naik turun denai yang ngeri dan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa lebih 1 jam.

I am all for nature and stuff. It just that my body is not built and fit to do adventurous stuff (hiking on dangerous trails, etc) to see the said breathtaking view or nature.

0 Comments