Bali Day 4. Nusa Lembongan Day 1.
Day 4 - naik bot di Nusa Penida ke Nusa Lembongan
- check in di Yogi Beach Bungalow - jalan kat sepanjang pantai di Jungutbatu -
massage 2 jam - minum kat café dekat area The Deck sambil tengok breathtaking
view - lunch di Warung Chandra - jalan tepi pantai lagi - lepak tengok sunset
tepi pantai - dinner at Warung Pondok.
Lepas subuh,
kitaorang put aside our argument sebab ada 4 hari lagi kot sebelum flight balik
ke Malaysia. Maka moh la kita berusaha enjoy vacation nih.
Lepas
breakfast dan check out dari Jati Bungalow, kitaorang menapak ke jeti untuk
naik bot ke Nusa Lembongan. Yang nih tak booking ticket pun. Just walk in je.
Dari Jati Bungalow ke jeti nih lebih kurang 10 minit berjalan kaki.
Harga tiket
bot dari Nusa Penida ke Nusa Lembongan adalah Rp 25K @ RM 8.50 seorang bagi
penduduk tempatan dan Rp 50K @ RM 17 seorang bagi pelancong. Disebabkan
kitaorang memang ada rupa orang Indonesia, makanya kitaorang dapat la harga
tiket Rp 25K sorang. Botnya kecik je muat dalam 15 orang. Ada 2 life jacket je
kat bot yang kitaorang naik tuh. Masa naik bot nih, ada sebuah motorsikal yang turut
dibawa naik sekali ke dalam bot nih dengan kitaorang.
Nak naik bot
nih pun kena meranduk air laut jugak ye. Makanya basah je la seluaq jeans den
sampai paras lutut.
15 minutes boat
ride from Nusa Penida to Nusa Lembongan.
Naik bot dari Nusa Penida ke Nusa Lembongan di sini |
Sampai kat
jeti di Nusa Lembongan, dari bot nak ke daratan tuh, sesi meranduk air laut
buat sekian kalinya. Basah lagi sekali jeans hingga ke paras lutut.
Sampai je
kat jeti kitaorang amik teksi yang macam tuk tuk tuh untuk ke Yogi Beach
Bungalow. Kongsi teksi tuh dengan a couple from Jerman. So setiap seorang bayar
Rp 34,500 @ RM 11.70 untuk tambang teksi. Dari jeti dalam 10 minit naik teksi
untuk sampai ke Yogi Beach Bungalow.
Naik ini dari Jeti Nusa Lembongan nak ke hotel |
Jalan kat
sini sempit gila tapi tar sepenuhnya. As usual, 1 lane jalan di Malaysia adalah
jalan 2 hala di sini.
Terpesona
first time menjejak kaki di Yogi Beach Bungalow tuh sebab ianya adalah my kind
of hotel. Betul-betul tepi pantai. Hotel baru dan chantek. Yang paling best betul-betul
menghadap laut like selangkah je dari hotel dah ada kat atas pasir laut.
Seriously awesome.
Yang bestnya,
ada disediakan novels untuk kita baca sambil bersunbathing kat tepi pantai tuh.
Ada dalam 20 buah novels tapi English novels ada 4 buah je. Yang lain tuh tak
pasti la novel bahasa Jerman ke Perancis.
Masa tunggu
bilik disiapkan, kitaorang berehat-rehat kat kerusi malas yang disediakan hotel
ala-ala sunbathing gittew. Memang superb feelingnya.
Lepas check
in terus je berjalan menyusuri pantai. Sepanjang dok berjalan tuh, memang
nampak banyak hotel@homestay kat tepi pantai tuh.
Pemandangan yang ditemui sepanjang menyusuri pantai di Jungutbatu |
Kitaorang singgah minum kat
kedai apa tatau tapi ada van di kawasan pelbagai kedai minum area The Deck. Dah
minum ayaq kelapa yang diletakkan dalam gelas (tak feel langsung minum ayaq
kelapa tepi pantai dalam gelas. Patutnya SOP nya adalah ayaq kelapa dalam buah
kelapa bila minum tepi pantai). Minum ayaq kelapa yang sangat mahal tuh sambil
tengok view laut yang sangat cantik.
Lepas minum,
cari tempat untuk massage. Ada beberapa tempat massage kat sini. Member den
suruh massage kat Su B Spa sebab katanya dia dah baca kat beberapa blogs, ramai
yang kata spa nih best. Full body massage untuk 2 jam dengan rege Rp 210K @ RM
71.40. Memang tak dapat la kat Malaysia rege camnih. Sedap gila badan lepas
kena urut. Mujur sangat kitaorang kena tunggu sekejap je dalam 10 minit untuk
dapat giliran diurut. Better la kot booking dulu sebelum datang urut sebab
macam ramai je yang buat appointment untuk dimanjakan kat spa tuh.
Lepas siap diurut
2 jam, kitaorang berjalan kaki cari lunch kat tempat yang member den dah buat
siasatan berdasarkan blogs yang dia baca. Kitaorang lunch di Warung Ibu
Chandra. Dikhabarkan halal berdasarkan blog yang dibaca. Bila tanya kat owner
kedai pun katanya halal. So terpulanglah pada pertimbangan masing-masing ye.
Member den
jatuh chenta kat jus buah naga kat sini sebab sedap dan murah (Rp 15K @ RM 5).
Kat restoran lain harganya Rp 30K @ RM 10).
Our lunch |
Dragon fruit juice yang sangat sedap |
Lepas late
lunch tuh, temanya berehat je kat bilik sampai petang.
Den berangan
nak baca novel yang hotel sediakan tuh sambil melepak tepi pantai tuh. Sempat
baca 3 muka surat je sebelum member den ajak berjalan menyusuri pantai sebelah
yang lagi satu yang kitaorang belum pergi tuh. Memang chantek k pantai dia
especially bila sampai kat hotel yang terpaling hujung iaitu Mandiri sebab
pasir dia halus sangat. Berjalan kat pantai nih memang best cuma kena
berhati-hati supaya tak tersadung pada tali bot yang ditambat.
Sempat baca 3.4 muka surat je |
Hotel yang terhujung sekali. Hotel Mandiri....macam gempak dan mahal hotel nih |
So melepak
la kitaorang atas pasir yang paling halus depan hotel Mandiri tuh. Cerita pasal
life, gosipan, etc sambil mendengar bunyi hempasan ombak ke pantai + melayan
tiupan angin laut yang sangat best.
Lepak kat
pantai sampai tengok sunset. Dah lama kot rasanya tak tengok sunset.
Lepas
Maghrib, kitaorang berjalan kaki almost 1 km untuk dinner kat Warung Bamboo
yang direkomendasikan oleh banyak blog yang member den baca. Serious popular
kot restoran nih sebab siap ada reservation dan penuh dengan orang putih kat
sini. Restoran nih kat tepi laut tapi disebabkan dah malam makanya tak nampak
la view laut tuh.
Restoran nih
hidangkan seafoods je kalo berdasarkan menu yang den baca. Kitaorang ambil seafood
basket berharga Rp 150K @ RM 51. Ada sotong, udang dan ikan yang dipanggang.
Memang sedap. Disebabkan restoran nih penuh orang, makanya kena bersabar nak
menunggu makanan sampai.
Nasi bentuk love gittew. Kerabu taugeh atas hujung kiri gambar nih sedap sangat-sangat. |
Lepas
dinner, kitaorang berjalan balik ke hotel dengan menyusuri pantai. Best sebab
dengar bunyi ombak. Yang kurang best, ada banyak anjing so den seriau anjing
tuh mai beramah mesra dengan den.
0 Comments