Day 3 - Angel’s Bilabong - Broken Beach - Pasih Andus - Kelinking Beach - tengok sunset di pantai di Nusa Penida.

Lepas subuh tuh, terus je pergi breakfast kat Kedai Ku Hamzah yang dah termasuk di dalam pakej homestay tuh.

Lepas breakfast terus je naik sapeda motor sewa tuh menuju ke Angel’s Billabong.

Angel’s Billabong nih terletak bersebelahan je dengan Broken Beach.

So satu perjalanan kali ni kitaorang dapat tengok dua tempat.

Tapi nak menyampaikan ke dua tempat nih, memang la memerlukan kesabaran yang tinggi sebab jalannya memang tidak smooth langsung. Member den cakap sebelum sampai Broken Beach kena melalukan broken road dulu.

Dekat Angel’s Billabong dan Broken Beach nih, tengok pemandangan yang sangat cantik dan ambil gambar sekupang dua di sini.

Lepas menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di sini, kitaorang bergerak ke Pasih Andus. Jalan ke sini ngeri juga tapi elok la sikit dari jalan ke Angel’s Billabong dan Broken Beach.

Rezeki sangat masa kitaorang ke Pasih Andus tuh sebab masa kitaorang sampai takde seorang manusia pun di situ. Seems like Pasih Andus belong to both of us only at that time.

Rasanya dalam trip di hari kedua di Nusa Penida nih, den paling suka Pasih Andus sebab jalan dia agak kurang ngeri (kalau nak dibandingkan dengan jalan untuk ke tempat lain hari nih) + pemandangan dia super chantek + angin dia sangat best + water blow nya yang sangat chantek.

Dari Pasih Andus kami gerak ke Pantai Kelingking yang penuh dengan pelancong. Jalan masih ngeri tapi trail untuk turun ke Pantai Klingking tuh adalah super ngeri. Lepas ada sesi drama di sini, kitaorang terus pergi melepak kat satu pantai nih.

Ikutkan perancangan kawan den, dari Pantai Klingking tuh nak pergi tengok air terjun Peguyangan tapi sebab kena turun tangga di tepi cliff, member den batalkan je sebab dia kata tak nak buang masa ke sana tapi end up tak boleh tengok pun air terjun tuh sebab den terpleot nak turun ke situ.

So sudahnya dari Kelingking Beach, kitaorang just melepak kat satu kedai tepi pantai sambil berangan nak tengok sunset.

So ada drama la skit masa minum tuh membawa sampai ke tido (sampai skip dinner bagai) sebab dia macam bengang dengan den dan den plak ada rasa bersalah kat dia. Macam-macam la I said, dia cakap, etc…..haish.

A bit dramatic la plak vacation kali nih hehehehehehehe.

So our route today:

Jati Bungalow - Angel’s Bilabong (di Sakti): 1 jam (17 km)

Angel’s Bilabong - Broken Beach @ Broken Bay (di Sakti): jalan kaki

Broken Beach (Pasih Ugg) - Pasih Andus (Smokey Beach) di Sakti: 10 minit (1.5 km).

Pasih Andus - Kelinking Beach (di Bunga Mekar) : 35 minit (10 km)

Kelinking Beach - tengok sunset di pantai di Nusa Penida. : 35 minit (10 km)

Berdasarkan maklumat dari Google Map, hari ni kitaorang menunggang skuter sejauh 38.5 km selama 2 jam 20 minit tidak termasuk kena berpatah balik berpusing bagai sebab tersalah simpang, kena bawa slow sebab jalan ngeri, etc. Ini juga tidak termasuk masa yang diperlukan untuk turun naik denai, bukit, etc untuk sampai ke tempat yang nak ditengok pemandangannya tuh. Hari ni tak sakit sangat bontot sebab tak lama sangat berada atas skuter berbanding hari semalam.

Masa nak memulakan perjalanan untuk hari ni, member den dah janji tak akan bawa skuter macam orang gila seperti semalam + perjalanan antara satu tempat ke satu tempat paling lama pun 1 jam.

Walaupun begitu, tetap la kan hati den gundah gulana bila berada di atas sapeda motor tuh. Lagu yang terngiang-ngiang masa naik skuter pada hari ini adalah ‘every step I take, every move I make, every single day, every bond I make, I’ll be missing you dan lagu hindi sarki jo sar se’. Memang tak bley blah k. Tak pasti kenapa lagu-lagu nih yang dok bermain-main di kepala.

Tak banyak tempat yang kitaorang pergi hari nih sebab dah pulun habis semalam + rancangannya nak melepak sampai lebam di Kelingking Beach dan air terjun Peguyangan. Dah tak turun sampai ke pantai di Kelingking Beach, nak melepak apanye ye. Air terjun Peguyangan tuh memang write off terus dari plan huhuhuhuhu.

Den rasa member den sure menyesal bawa den ke trip kali nih sebab den tak fit untuk aktiviti yang dia rancang. Macam kan dia terlupa masa kitaorang pergi ke Bali Februari lepas, naik turun kat sawah padi di Tegallalang dan Jatiluwih tuh pun den dah hampir tergolek, lagi dia expect den boleh naik turun trails yang ngeri di Nusa Penida nih. Haish.
Air laut di Pasih Andus yang sangat cantik

0 Comments