Day 2: Jati Bungalow - Pantai Atuh - Rumah Pohon Molenteng - Tebing Banah @ Banah Cliff Point - Pantai Suwehan  - Bukit Tellitubbies - Crystal Bay Beach.

Letak je beg kat Jati Bungalow terus je keluar sebab sapeda motor yang disewa untuk 2 hari telah tersedia + member den dah ada agenda yang dia buat yang katanya perlu jugak diabiskan hari tuh jugak.

Me being a pembonceng motor + orang yang mengikut je la apa agenda yang dirancangkan, pasrah aje la.

Member den bawak skuter laju macam orang gila sebab dia nak kejar menyampaikan semua tempat yang dia nak pergi. Dah la jalan raya kat sini ngeri ye. Den rasa kat Nusa Penida nih jalan raya bertar elok dalam 30%- 40%. Lagi 60% @ 70% tuh kombinasi jalan raya yang berlubang-lubang + crusher run + tanah tanih. Dah la jalan raya dia kecik. 1 lane jalan raya biasa kat Malaysia adalah bersamaan jalan dua hala kat sana.

Jalan di sini lebih kurang sama dengan jalan semasa den naik Gunung Merapi di Jogjakarta. Masa naik jip ke Gunung Merapi tuh pun dah terasa ngerinya walaupun supirnya berpengalaman yang memang hari-hari menggunakan jalan tuh. Bayangkan betapa ngerinya perasaan den naik sapeda motor (skuter) dengan member den yang baru pertama kali menggunakan jalan nih. Serious seriau tuh kuasa 40 camtuh perasaannya.

Ada jalan dia yang terlampau ngeri bagi den sampai den minta member den berhentikan motor, den jalan kaki samada naik atau turun bukit tuh.

Infrastruktur kat sini belum dibangunkan sepenuhnya dengan takde lampu jalan kat almost semua tempat.

Dah la tuh, most of the road that we have to take to go to the tourist attractions tuh adalah di tebing curam.

Jalan teruk di tebing curam. Tak ke ngeri untuk orang penakut cam den nih?

Sepanjang program dari 1030 pagi sampai 7 malam tuh memang den dalam ketakutan la setiap kali berada di atas skuter tuh. Ada part yang den jerit, tahan nafas, brake angin, membebel, nak sumpah dia terlupa la plak curses dalam ceite Harry Potter (yang teringat adalah Patronus….tak membantu langsung. Paling kurang haruslah Crucio kan). Dia pesan suruh den mengucap, etc. Bila dah tatau nak buat apa, den diam je la sambil berharap tidak terbabas masuk gaung. There was nothing much I could do…..pasrah sepasrahnya je la.

Dalam pada den dok kengerian tuh, boleh pula member den membebel ‘engkau duduk je elok-elok. Jangan gerak-gerak. Engkau tuh dah la gemuk’ atau dengan kata lain ‘engkau kena percaya la kat aku dan kita tak akan jatuh motor punye’.

Serious seriau ngeri. Terpikir kenapaa la pi amik travelling insurance yang coverage dia murah. Patut amik yang lebih mahal. Kalau den terpleot ke ape, at least buong bley dapat pampasan lebih skit. Terpikir jugak kalau jatuh skuter lalu terpatah tangan @ kaki @ kecederaan lain, camne la depa nak transfer den naik bot dari Nusa Penida nih ke mainland Bali.

At one time masa atas sapeda motor and holding my friend for my dear life, den tiba-tiba terasa boleh relate scene Carrie Bradshaw (Sex And The City) bila dia menjerit masa nampak tupai dalam kabin Aidan. Bukan fefeling acah Carrie tapi tiba-tiba je teringat scene tuh. Tak pasti apa kaitannya.

Tempat yang dilawati macam Pantai Atuh dan Rumah Pohon Molenteng adalah not for the faint of heart. Perlu turun dan panjat jalan denai semulajadi. Agak ngeri. Jalan raya nak menyampai ke sini ngeri.

Jalan nak menyampai ke Tebing Banah, Bukit Tellitubbies & Crystal Bay Beach adalah ngeri. Tempat yang nak dilawat tuh okay, landai je tapi jalan raya nak menyampaikan ke situ memang hazab.

Pantai Suwehan - Jalan raya nak menyampai ke sini ngeri. Tak turun pun ke pantai nih sebab steep sangat jalan turun tuh.

Den akan cerita kengdian k pasal each place yang kitaorang lawat or tersinggah tuh.

Tak terasa nak kencing atau lapar sepanjang hampir 8 jam tuh sebab dok takut kecelakaan. Kalo masa normal, harus dah migraine bagai sebab perut kosong. Almost jatuh motor. Kaki member den luka. Dia sibuk nak tengok google map masa dok naik bukit kat jalan crusher run. Mujur sangat la kan tak jatuh dua-dua orang. Masa nak potong sebuah jeep tuh mujur tak bertembung dengan lori. Masa potong lori yang bawa tangki air mujur tak terbabas masuk gaung. Hampir langgar 2 ekor ayam yang sedang berehat tengah jalan.

Kalau terbabas masuk gaung memang lambat la orang nak rescue sebab kebanyakan jalan yang kitaorang lalu tak jumpa orang sangat.

Member den cakap kalau terjatuh dalam gaung tuh, mungkin boleh berpaut pada pokok yang ada. Kalo sempat berpaut la kan. Kalau dah tercucuk kat batang-batang pokok yang dah dipotong tuh apa la yang nak dikatakan. The possibility bleeding to death tuh memang tinggi la kan.

Dalam pada den dok susah hati @ seriau jatuh tergolek masuk gaung bagai masa naik sapeda motor tuh, member den boleh pulak dok toleh-toleh tengok pemandangan bagai. Pitam tau.

Lepas tuh dok tanya soalan-soalan yang dah tentunya la den tak tau jawapan untuk semua soalan dia tuh. Antara soalan yang dia tanya adalah “Apa income utama diaorang kat sini yek? Macam bukan agriculture je. Depa transport lembu nih untuk apa yek? Kalau bela lembu nih muslim la gamaknya ye?”.

Kalau kita ambil tourist guide dengan kereta pun, kereta akan parking dengan parking yang sama tempat dengan motor. Kita memang kena turun denai curam untuk ke pantai, tempat pemandangan cantik, etc.

Rasanya 60% perjalanan tak bertembung dengan orang lain coz jalan kampong, jalan sunyi, etc.

Ada 3 je stesen minyak kat sini tapi jangan risau sebab ada je kedai runcit jual minyak petrol dan di kawasan kampong ada je penduduk yang jual minyak dekat umah depa.

0 Comments