Nih ikut pandangan mata dan rasa den yang memang tidak cocok dengan tema adventurous travelling ke ape camnih sebab den memang la tak lalu nak sakit jantung sepanjang naik motor lalu tepi gaung dengan jalan tak sempurna camtuh + den memang la takde kudrat nak naik turun denai cliff seumpama dengannya dengan keadaan lutut den yang terpleot nih. Mujur sangat lutut den tak gave out masa dok naik turun denai tuh.

Rasanya hari nih diabiskan dengan 70% masa untuk travelling sahaja. 30% je masa spend untuk tengok view bagai. Banyak spend masa kat travelling sebab setiap satu tempat adalah jauh di antara satu sama lain + jalan dia banyak berpusing-pusing dan berpatah balik + kena berhati-hati coz jalan dia kurang elok.

Jati Bungalow - Pantai Atuh : 1 jam 20 minit (27.9 km)

Pantai Atuh - Rumah Pohon Molenteng : 45 minits (12 km)

Rumah Pohon Molenteng - Tebing Banah @ Banah Cliff Point : 1 jam 15 minit (26.7 km)

Tebing Banah - Pantai Suwehan : 1 jam 10 minit (23.2 km)

Pantai Suwehan - Bukit Tellitubbies : 20 minit (4.8 km).

Bukit Tellitubbies - Crystal Bay Beach : 1 jam. (25 km).

Crystal Bay Beach - Jati Bungalow : 35 minit (7 km).

Tuh ikut jarak dalam Google Map ye. Naik motor untuk hari ini adalah lebih daripada 6 jam 25 minit dan sejauh 126.6 km tidak termasuk kena berpatah balik berpusing bagai sebab tersalah simpang, kena bawa slow sebab jalan ngeri, etc. Ini juga tidak termasuk masa yang diperlukan untuk turun naik denai, bukit, etc untuk sampai ke tempat yang nak ditengok pemandangannya tuh.

Naik motor berjam-jam dari 1030 pagi sampai 7 malam sampai kematu dan sakit gila bontot. Kalo Kim K nih, memang harus kempis bontot dia.

Perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain ada yang mengambil masa 1 jam 20 minit. Boleh bayangkan tak betapa hazabnya naik motor lama gila dengan keadaan jalan yang super ngeri.

Memang den tak banyak ambil gambo masa kat semua tempat yang dilawat pada hari nih sebab serious tak lalu dan takde mood sebab kengerian + kepenatan + sakit bontot lama sangat naik motor. Tudung den pun dah lunyai. Muka den dah macam godfather of belacan. End up gambar view amik sekupang dua je.

Sampai je kat homestay lepas seharian kepenatan, dua ekor anjing yang ada kat situ sibuk la pula nak beramah mesra dengan den sampai depa cium seluar den. Just great right. Member den kata nanti samak la seluar tuh. Den dah malas nak pikir. Buang terus seluar tuh.

Rasanya hari nih super tired sebab bangun tidur at 5.15 am sebab nak mengejarkan boat at 7 am. Lepas tuh tunggu plak another 2 hours kat Sanur untuk naik boat at 9 am. Then jantung dok tercopot bila membonceng motor yang dibawa oleh orang gila yang ada misi nak menghabiskan semua tempat within stipulated time walaupun setiap tempat tuh jauh-jauh jaraknya.

Pengalaman yang sangat challenging untuk den. Mencabar fizikal (berjam-jam naik motor + turun naik cliff dan tangga sampai lutut almost out + tak jumpa makanan sampai 7 malam (last makan breakfast at 545 am). Mencabar minda sebab risau kecelakaan + fikir macam-macam.

Den rasa tempat nih kurang sesuai untuk warga emas, keluarga dengan anak-anak kecik, orang sakit lutut, orang yang tak minat adventure macam den, etc.
Breathtaking view yang macam nih membuatkan ianya berbaloi-baloi naik motor berjam-jam sampai sakit bontot

0 Comments