Day 2 - naik bot di Sanur ke Nusa Penida - check in di Jati Bungalow di Toya Pakeh - sewa motor untuk 2 hari - Pantai Atuh - Rumah Pohon Molenteng - Tebing Banah @ Banah Cliff Point - Pantai Suwehan (singgah je tak turun pun) - Bukit Tellitubbies - Crystal Bay Beach.

Bangun pukul 5.15 pagi sebab nak make sure tak terlepas the first boat at 7.00 pagi ke Nusa Penida yang tiketnya telah ditempah melalui wakil homestay Jati Bungalow di Nusa Penida.

Lepas breakfast roti kat hotel, kitaorang menapak dari hotel ke jeti di Sanur tuh. Dalam 15 minit berjalan kaki. Sampai kat jeti di Sanur tuh, bapak kat kaunter tiket tuh kata takde plak tempahan tiket bot oleh homestay Jati Bungalow atas nama member den untuk bot pukul 7 pagi.
Maka member dek pun dok berwhatsapp la dengan bapak Sam, Jati Bungalow tentang isu takde tiket bot nih. Den dah jeling-jeling kat member den secara sembunyi sebab penat tau bangun pepagi buta tapi tak boleh naik the first boat. Jegil mata secara sembunyi sebab member den yang uruskan A to Z untuk trip nih. Karang kalau den cakap lebih-lebih dia humban plak den dalam laut tuh kan. Makanya mengumpat dalam hati je la heehehehehe.

Setelah sakan berbalas whatsapp, tauke bot kata kitaorang boleh naik bot yang pukul 9 pagi untuk ke Nusa Penida tuh.

Tiket bot dari Sanur ke Nusa Penida bagi seorang adalah Rp 150,000 @ RM 51.

Makanya melopong-lopong la kitaorang sementara nak tunggu bot pukul 9 pagi tuh. Disebabkan lama sangat menunggu, sempat la kitaorang pergi minum dulu dekat kedai berdekatan yang ada kat situ.

Lepas dah melepak dan minum kat kedai tuh pun masih awal lagi, makanya menebeng je la kat kawasan jeti tuh.
Kaunter tiket
Sempat la den memerhati keadaan keliling. Ada sekumpulan students daripada Universiti Dwijendra (tengok kat tshirt yang depa pakai) tengah kutip sampah di sekitar kawasan pantai ala-ala pembersihan pantai camtuh. Mungkin depa tengah orientasi gamaknya sebab muka innocent sangat sorang-sorang.

Sempat la sembang dengan ibu Tri dari Jakarta. Dia kata dia ingat den orang Sumatera Selatan. Rupa orang Indonesia den nih gamaknya hehehehehehe. Ibu Tri cakap dia nak berhijrah ke Bali dan tengah cari peluang untuk buat business di Bali. Dah penat duduk kat Jakarta katanya. Penat dengan traffic jam, the fast pace at the city, the rat race, etc. I feel you Ibu Tri. Den pun ada rasa camtuh.

Akhirnya bila tiba masa untuk naik bot pukul 9 pagi tuh, den terkesima sebab kena meranduk air untuk naik bot. Memang la den pakai tshirt tapi dengan jeans la plaknya. Dah tuh nak kena pedo sling bag den yang dah tentu panjangnya sampai ke perut (kalo dah tau awal kena meranduk air laut, sure den dah pendekkan tali sling bag tuh). Masa dok meranduk air laut paras lutut tuh sekali ada ombak yang agak besar la plak. Langsung la basah sampai ke pinggang. Redho je la. Apa lagi nak dikatakan ye tak.
Meranduk air laut dari sin ke bot di sinun yar
Beg yang kita bawa semua akan diangkat ke atas bot oleh beach boy ye. So don’t worry k. Kita just bawa diri kita untuk naik bot. Itupun rasa nak tergolek jugak nya sebab melawan ombak + menjaga sling bag + pegang selipar.

Dalam bot nih disediakan life jacket kat bahagian simpanan atas kepala penumpang tapi seorang pun tak pakai life jacket k. Den bajet semua orang pun pandai berenang la gamaknya ye. Dah semua orang tak pakai, macam tersegan plak nak ambil life jacket tuh pakai sebab kitaorang dok bersempit-sempit dalam bot tuh. Memang ada kerusi tapi ngam-ngam sangat jaraknya.

Boat ride dari Sanur ke Nusa Penida lebih kurang 40 - 45 minit.

Den termabuk laut la plak masa naik bot nih. Mujur sangat tak amik heavy breakfast. Kalau tak sure la akan termuntah. Makanya untuk mengalihkan pemikiran daripada nak termuntah tuh, den fikir macam-macam la seperti isu hafiz-joy revfa (gossip dan den berpisah tiada), Speed 2, beach boy Krabi yang peramah dan handsome tuh kalau nak dibandingkan dengan beach boy kat Sanur nih, kalau bot karam sempat tak nak capai life jacket, kalau sempat capai sempat ke tak nak pakai life jacket, kalau masa turun kat Nusa Penida kena randuk air laut jugak, harapnya semua important stuff (passport, duit, hp, power bank, kabel, etc) dapat diselamatkan, kalau passport rosak kena air laut dah nak kena pergi ke Kedutaan Malaysia la plak, kira tak payah berjalan la camtuh, balik Malaysia je la terus, etc.

Ha…..dalam dok tahan muntah tuh, macam-macam hal jugak dipikirkan yek hehehehehehe.

Bila bot dah meluncur dengan agak tenang, kita dibenarkan untuk naik ke deck atas bagi melihat pemandangan. Tak kuasa la kan den nak bergerak dari tempat duduk den dengan keadaan sempit + den mabuk laut tuh. Ada la makwe-makwe yang pakai skirt pendek naik ke deck tuh. So bila angin laut bertiup masa diaorang panjat tangga nak ke deck tuh, tersingkap la skirt depa dan kitaorang yang kat dalam boat tuh boleh la menjamu mata pemandangan indah heheehhehehe.

After what seems like forever, kitaorang akhirnya sampai ke Nusa Penida and thank God depa ada floating jetty kat situ. Alhamdulillah tak payah meranduk air laut lagi.
Thank God for this floating jetty
Dekat jeti di Nusa Penida nih, bila kita sampai je ada je van@ teksi yang kita bley amik untuk pergi ke hotel (biasanya hotel pun ada sediakan transport untuk fetch kita dari jeti ke hotel) dan ada juga ramai orang akan offer kita untuk sewa motor.

Untuk den dan member den, disebabkan dia adalah kedekut dan akan mencari jalan untuk trip yang paling bajet, makanya kitaorang menapak dari jeti tuh ke homestay yang telah dibooking iaitu Jati Bungalow yang terletak di kawasan Toya Pakeh.

Makanya berjalan la kami di atas jalan kampong yang boleh merosakkan roda bag selama lebih kurang 10 minit untuk sampai ke Jati Bungalow tuh. Sampai kat homestay tuh den tengok ada 3 ekor anjing kat situ. Ha…dah den ngeri coz den memang takut anjing.

Member den kata masa booking homestay nih guna booking.com dan baca review, takde la pula dikhabarkan ada anjing. Makanya redho je la kan. Nak diapakan lagi.

Lepas check in dekat rumah pondok yang ditetapkan, kitaorang terus keluar sebab sapeda motor yang telah ditempah untuk disewa selama 2 hari semasa booking tiket kat Malaysia telah sedia ada untuk  digunakan.

2 Comments

  1. Replies
    1. Sorry banyak banyak baru terperasan komennya. Memang agak tragis nak travel ke Nusa Penida tuh tapi serious berbaloi:)

      Delete