Air Terjun Sungai Bill @ Cool Spring, Tanjung Malim, Perak
Dah lama sebenarnya den ajak buong bawa
budak-budak pergi main sungai dan air terjun tapi dia tak nak sebab dia kata
nanti takut ada kepala air atau kencing tikus.
Alih-alih 2 minggu lepas dia kata jom bawa
budak-budak mandi sungai dekat Perak. Den nak ajak mandi sungai yang dekat je
kot macam dekat FRIM atau Kalumpang tapi dah katanya nak mandi sungai di Perak,
den layankan je la asalkan budak-budak ni dapat merasa mandi sungai.
Den google la cari sungai yang sesuai untuk
budak-budak mandi menghala ke arah Lumut.
Dari pekan nak menghala ke Air Terjun Sungai
Bill ni memang la sunyi sebab kawasan kat sini masih dipenuhi dengan hutan dan
belukar.
Waze je in sya Allah jumpa.
Kitaorang sampai sini dalam pukul 3 petang.
Parking bagi setiap kereta dikenakan RM 3.
Dari tempat parking kita, kita perlu
menyeberang sungai melalui jambatan untuk sampai ke tempat kemudahan yang
disediakanseperti chalet yang berdinding nipah dan beratap rumbia (agaknya la)
serta berpaksi buluh, tapak perkhemahan, tandas, surau, tempat BBQ, etc oleh
pengusaha.
Kalau kita tak nak sewa chalet yang
disediakan tetapi hanya nak mandi sungai tapi melalui kawasan pengusaha ni,
kita akan dikenakan bayaran RM 3/orang. Kalau nak free pun boleh je tapi kena
turun ke sungai melalui tepi jalan yang berumput rampai dan tiada jalan turun
yang agak sempurna (yang bukan dalam kawasan pengusaha).
Disebabkan den bawa budak-budak, den sewa la
chalet yang berdepan dengan sungai dengan harga RM 30 untuk kegunaan siang hari.
Kalau nak bermalam di chalet nih bayarannya adalah RM 50. Harga setiap chalet
berbeza bergantung kepada keluasan chalet tuh. Harga chalet berbeza kalau kita
hanya melepak waktu siang dan kalau kita bermalam.
Dalam chalet yang kitaorang sewa tuh ada
lampu, kipas, plug, rak letak toiletries, 3 tilam dan 3 biji bantal yang salah
satunya adalah ditutupi sarung bantal dinosaur.
Chalet kitaorang daripada sisi belakang |
Chalet kitaorang dari sisi depan |
Den ingatkan budak-budak nih akan rimas
dengan chalet nih sebab depa tak biasa tapi surprisingly depa suka k especially
si F. Siap tentukan kitaorang kena tidur kat tilam yang mana. Dia of course la
nak tidur dekat bantal bersarung bantal dinosaur tuh. Puas dia pujuk den cakap
‘kita tidur la malam ni kat rumah kampung ni mama’.
Okay je chalet dia cuma dindingnya ada
celah-celah sebab dah dinding daun nipah kan. So memang orang boleh nampak la
kita kat dalam chalet tuh.
Den sempat singgah ke toilet dia. Okay je.
Bersih je cuma untuk jangan la expect ianya seumpama tandas di hotel bajet.
Dari chalet kitaorang tuh, turun tangga skit
terus sampai ke sungai. Sejuk ooo air sungai tuh. Budak-budak tuh first time
jumpa sungai memang la sangat jakun. Depa tanya macam-macam. “Kenapa sungai ni
sejuk? Kenapa ada banyak batu? Kenapa air sungai tak warna biru (depa
terbanding dengan air dalam swimming pool la gamaknya)”.
Tangga nak turun ke sungai depan chalet kitaorang |
Dalam sejuk-sejuk tuh, depa berdua mandi
sungai 3 jam juga ye sampai pukul 6 petang. Tuh pun kena berpaksa naik ke
darat. Sakan sungguh depa mandi siap naik rakit buluh yang memang disediakan
oleh pengusaha. Terjumpa pula 2 orang budak yang nak main sekali dengan depa,
memang sakan la depa bergelinjangan di sana sini.
Walaupun kawasan air sungai yang diaorang
mandi tuh biasa je (tiada batu-batu yang membentuk air terjun kecil) dan
kitaorang tak naik ke kawasan yang lebih hulu untuk mandi air terjun,
budak-budak nih sangat gembira dapat mandi sungai.
Ultraman Zero in the river |
Acah-acah ambil gambar berseni |
Buong layan la diaorang mandi sungai dalam 1
jam. Lepas dia dah kesejukan, dia melepak kat chalet. Den pula teman kiddos
mandi. Den duduk atas batu tepi sungai je la pun. Tak kuasa nak mandi
sejuk-sejuk tuh.
Masa buong layan kiddos mandi, den buat la
lawatan tapak kat kawasan ni. Banyak kemudahan yang disediakan kat sini dan
terdapat pelbagai institusi atau kumpulan yang dah sampai sini rupanya.
Mereka yang pernah ke sini |
Pelbagai sewaan dan harga boleh didapati di white board |
Pejabat untuk kita membuang urusan sewa chalet, etc |
Air kat sini lebih best mandi tapi jauh la plak dari chalet kitaorang |
BBQ Pit |
Terdapat juga gerai burger dan makanan di
sini yang menurut pengusaha akan beroperasi bila cuti umum dan cuti sekolah
(apabila ramai orang).
Hiasan yang paling menarik perhatian den kat
sini adalah madah pujangga atau kata-kata motivasi yang diletakkan kat beberapa
sudut di sini.
#In sya Allah bila ada rezeki nanti, den nak
bawa budak-budak mandi air terjun pula.
11 Comments
next time dtg naik la hulu, dekat je dlm 5 minit naik kereta. view lg cantik
ReplyDeleteHa.....macam kena repeat ke sini nih nampaknya. Terima kasih atas info ye.
DeleteKawasan hulu sungai lebih bersih jika dibandingkan dgn kawasan berhampiran chalet. Ini disebabkan air dekat chalet ini dikhuatiri tercemar dengan air kumbahan dari rumah-rumah kampung dibahagian atas chalet.
DeleteBermandi manda dikawasan ini tidak digalakkan kerana air sungai dikhuatiri kurang bersih walaupun nampak jernih. Ini disebabkan air sungai mungkin tercemar dengan air kumbahan yang datangnya dari kawasan perumahan kampung dibahagian hulu kawasan chalet ini. Perumahan kampung Sungai Bil ini adalah cara tradisional dan tidak mempunyai peparitan dan takungan air kumbahan yang betul dan dan sempurna. Jestru, semua air kumbahan disalurkan kearah sungai dan ini berlaku sejak puluhan tahun yang lalu.
ReplyDeleteSehubungan dengan itu, pengunjung adalah dinasihatkan bermandi manda manda dibahagian hulu sungai iaitu dikawasan air terjun dimana airnya adalah bersih dan tidak ada pencemaran.
Walau bagaimanapun, pengunjung boleh membuat pilihan sendiri dan tidak ada ada paksaan dalam memilih temoat untuk berrekreasi bersama rakan dan keluarga.
Terima kasih atas makluman tuan/puan. Semoga maklumat ini dapat dimanfaatkan oleh mereka yang bercadang hendak bermandi manda di sini. Terima kasih ye atas penerangan
Deletemana dapat info ni? adakah orang di sungai bil itu duduk dalam hutan lagi pada zaman ni?
DeleteSalam. Kalau nak book chalet, kena book awal2 dulu ke?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Kalau bukan cuti sekolah macam boleh walk in sahaja. Tapi to be on the safe side, better booking dulu untuk make sure confirm ada tempat bermalam
DeleteBrother, awak komen ni dengan penuh yakin ke yang air kumbahan disalurkan terus ke sungai? Dapatkan kepastian dulu sebelum komen.
ReplyDeleteAda kosong lagi ke nk book
ReplyDeleteHow long does this hike take?
ReplyDelete