A Million Little Pieces by James Frey
Buku nih
ala-ala journal atau diari sepanjang James Frey berada di Pusat Rawatan
Pemulihan Ketagihan bagi merawat masalah ketagihan alcohol dan dadah yang
beliau alami.
James
terlibat dengan alcohol sejak berumur 10 tahun dan terlibat dengan ketagihan
dadah yang sangat serius pada umur 20 tahun.
Di dalam
buku nih, James menceritakan secara terperinci withdrawal yang dia alami semasa
mula-mula sampai ke sini, kerosakan yang sangat teruk yang dialami oleh organ
dalamannya sebab ketagihan dadah dan alcohol yang berterusan sepanjang 13
tahun, kawan-kawan baru yang ditemui di pusat ini, sokongan keluarga dan kawan
rapat yang tidak berbelah bahagi walaupun macam-macam perkara negative yang dia
telah buat dalam hidupnya, jenis rawatan yang dilaksanakan di pusat ini, etc.
Buku nih
menceritakan dengan sangat detail apa yang James lalui di pusat rawatan nih
sampai den terasa den ada kat sebelah dia bila dia muntah, dia belasah orang,
etc.
Berdasarkan
statistic yang dinyatakan oleh kaunselor di dalam buku nih, hanya 15% pesakit
yang pernah menerima rawatan di pusat rawatan tersebut yang berjaya kekal tidak
mengambil dadah, arak, etc apabila keluar dari pusat rawatan tersebut.
Daripada 12
orang pesakit yang James kenal di dalam pusat rawatan nih, hanya 3 orang yang
tidak pernah relapsed.
Yang lain
relapsed dan akhirnya end up samada masuk jail, bunuh diri atau dibunuh.
Ketagihan
terhadap dadah, arak, seks, etc juga tidak mengira umur, bangsa dan jantina.
Kawan-kawan James di pusat rawatan terdiri daripada hakim, pensyarah, juara
boxing, petani, pemuzik, etc.
Diceritakan
juga kesan ketagihan nih kepada keluarga dan sahabat terdekat serta orang
sekeliling yang sememangnya heart breaking.
James kekal
tidak relapsed.
Buku nih
menceritakan tentang apa yang berlaku di masa lepas kita tak kira sebegitu
ngeri, kejam, broken a million little pieces, etc, in sya Allah kita akan tetap
boleh mengubah nasib kita kepada yang lebih positif sekiranya kita berusaha
bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa.
Bila habis
baca buku nih terasa otak terpenat.
First time
den baca buku cerita yang takde perenggan. Dah la takde perenggan, saiz
tulisannya kecil plak tuh.
5 stars.
0 Comments