The Marble Collecter is another gem from Cecilia Ahern.
 
“It’s incredibly frustrating to forget, it must be an entirely other thing to be forgotten”. Antara quote yang menusuk kalbu dari novel nih.

I manage to finish this book in four (4) hours. I started reading it at the KLIA2 departure hall while waiting to board the flight to Jakarta. I read half of the book in the 2 hours flight. I read another quarter of the book in the Grab on the way from Soekarno Hatta International Airport to Thamrin Residence. I successfully finished the book while waiting to check in into the apartment after lunch.

Eh kenapa tiba-tiba speaking nih. Gedik betul.

Buku nih berkisar tentang Sabrina Boggs yang sedang melalui hidup yang agak boring, memenatkan dan tidak bersemangat dengan keluarga bersama tiga orang anak lelaki yang sedang membesar, kerjaya yang dia rasa static di samping menjenguk ayahnya, Fergus Boggs yang berada di pusat jagaan akibat mengalami masalah kehilangan memori selepas diserang strok.

Semasa Sabrina terjumpa secara tak sengaja koleksi guli ayahnya yang direkodkan dengan sangat terperinci termasuk harga bagi setiap guli tuh, dia secara tidak langsung terjebak dalam quest mencari 2 guli ayah dia yang terhilang. Pencarian dua guli nih menyebabkan dia tersingkap kehidupan ayah dia yang terdahulu yang dia tak pernah ketahui.

Cerita pencarian dua guli nih berlaku dalam masa satu hari je tapi ianya merungkai banyak perkara di dalam kehidupan ayah dia dan diri Sabrina sendiri.

Di akhir buku nih, Sabrina kata walaupun perkara masa lalu tidak dapat diubah dan ada memori atau kenangan yang kita tidak dapat ingat, kita boleh sahaja berusaha mencipta masa depan yang lebih gembira dan kenangan baru yang lebih best.

Another book by Cecilia Ahern that I hope I will have the chance to reread again sometime in the future.

0 Comments