The First Phone Call From Heaven by Mitch Albom
“There
are two stories for every life; the one you live, and the one others tell.”
“Losing a loved one is never really ‘starting
over’. More like ‘continuing without’.”
Buku nih mengisahkan beberapa orang di Coldwater,
Michigan yang menerima panggilan telefon daripada orang yang telah meninggal
dunia yang mana pernah ada kaitan dalam hidup mereka yang masih hidup nih.
Antara orang yang menerima panggilan nih
adalah Katherine Yellin (perunding hartanah) yang
terima panggilan daripada kakak dia, Jack Sellers (ketua polis) yang terima
panggilan daripada anak dia, Tess Rafferty yang terima panggilan daripada ibu
dia dan Elias Rowe yang terima panggilan daripada bekas pekerja dia.
Panggilan
nih semua meminta mereka yang hidup untuk teruskan kehidupan dengan lebih baik
dan berlapang dada.
So
bila Katherine Yellin dan Elias Rowe membuat pengakuan terbuka di dalam gereja
pasal mereka menerima panggilan daripada orang yang telah meninggal dunia,
perkara ni tersebar ke banyak tempat.
Ramai
orang terutamanya
orang yang berharap akan dapat menerima panggilan daripada orang tersayang yang
telah meninggal dunia datang ke Coldwater,
Michigan untuk merasai keajaiban yang berlaku.
Ada paderi yang percaya panggilan ni
betul-betul daripada mereka yang telah meninggal dunia dan berada di syurga.
Ada paderi yang tidak percaya kepada perkara ini dan berpendapat ada orang yang
buat prank.
Sully
Harding, seorang juruterbang tentera yang dipecat daripada perkhidmatan dan
baru keluar dari penjara akibat membawa pesawat dengan paras alcohol melebihi
had yang dibenarkan cuba memulakan hidup baru bersama anaknya Jules yang berumur
7 tahun. Isterinya meninggal dunia semasa beliau dalam penjara selepas sekian
lama koma akibat kemalangan jalan raya semasa ingin menjemput Sully di lapangan
terbang.
Sully
pun berpendapat ada orang yang bermain-main dengan panggilan nih dan berazam
untuk siasat siapa yang membuat onar mempermainkan perasaan mereka yang
kehilangan orang tersayang lagi-lagi selepas anaknya, Jules berharap akan
menerima panggilan daripada isterinya yang telah meninggal dunia.
Akhirnya
selepas menyiasat dengan bersusah payah, Sully mendapati Horace, pengurus rumah
mayat adalah merupakan bekas perisik tentera yang mempunyai kepakaran di dalam
perkara berkaitan alatan telekomunikasi. Bila Sully pergi berjumpa Horace di
rumahnya, Sully mendapati ada set up alat telekomunikasi yang canggih dan
memang terbukti Horace yang buat panggilan kepada Katherine Yellin, Jack
Sellers, Tess Rafferty dan Elias Rowe berdasarkan maklumat orang yang meninggal
yang ada dalam fail di rumah mayat.
Sully
tanya Horace kenapa mempermainkan perasaan orang, Horace cakap dia cuma nak
orang yang masih hidup nih menerima sedikit keajaiban supaya mereka boleh
teruskan hidup dengan baik. Horace mengaku pada Sully yang nama sebenarnya
adalah Eliot Gray Sr yang mana anaknya iaitu Eliot Gray Jr adalah orang yang
bertugas di menara telekomunikasi dan memberi maklumat yang salah kepada Sully
untuk dia mendaratkan kapal terbang dia. Semasa Eliot Gray Jr lari dari menara
telekomunikasi tuh, dia bawa kereta dengan sangat laju sehingga kemalangan
dengan isteri Sully yang menyebabkan isterinya koma tuh.
Sully
mengamuk dan memusnahkan semua alat telekomunikasi yang terdapat di dalam rumah
Horace. Horace sempat melarikan diri, menelefon polis dan meninggal dunia
akibat sakit jantung.
At
the end, Sully terima panggilan telefon daripada isterinya yang telah meninggal
dunia sedangkan semua alat komunikasi kepunyaan Horace telah dimusnahkan. So
adakah Sully truly received the call from heaven?
Kesimpulan buku nih bagi den adalah orang
yang masih hidup di dunia nih berharap dapat buat dua perkara bersama orang
yang disayangi yang telah meninggal dunia iaitu:
1. Nak tau bagaimana kehidupan selepas mati,
adakah lebih baik atau sebaliknya; dan
2. Nak ada one last conversation as a closure terutamanya
bagi perkara-perkara yang tidak terucap termasuklah kemaafan, kali terakhir
ucapan I love you, unresolved conflicts, etc supaya orang yang masih hidup
dapat teruskan kehidupan dengan berlapang dada camtuh la.
Buku nih sama tema dengan For One More Day, Five
People You Meet In Heaven dan The Time Keeper (buku-buku oleh Mitch Albom yang
den dah baca) iaitu hubungan di antara orang yang masih hidup dan orang yang
disayangi yang telah meninggal dunia.
Buku nih pada den tak dapat menandingi
keunikan dan kehebatan novel For One More Day dan Five People You Meet In
Heaven yang den telah ulang baca beberapa kali dan tetap ada rasa nak ulang
baca lagi.
3.5 stars untuk buku ni.
0 Comments