Buku yang sempat dibaca bulan Oktober lepas.
 
Bila den baca synopsis buku nih den berharapkan ia berkisar tentang Nina Redmond (seorang librarian) yang berjaya menjodohkan jenis buku yang sesuai bagi setiap orang yang dia temui ala-ala buku Chocolat karya Joanne Harris yang telah diadaptasi menjadi movie (hello Johnny Depp).

Rupa-rupanya buku nih lebih berkisar kepada hidup Nina Redmond yang kehilangan kerja bila library di London ditutup. Nina akhirnya membeli sebuah van dan menjual buku-buku kedai buku bergerak tersebut yang diberi nama Little Shop of Happy Ever After kat penduduk kampong di kawasan pedalaman di Scotland.

Walaupun pada mulanya Nina skeptical nak tinggal di kawasan pedalaman sebab dia dah biasa duduk di bandar, dia akhirnya jatuh cinta untuk terus bermastautin di situ sebab pemandangan yang sangat cantik, penduduk ramah tamah, tak perlu bergerak pantas, boleh bertenang-tenang, terjumpa pula jejaka yang berkenan di hati, etc.

Buku nih menceritakan tentang suasana, makanan yang dihidangkan dan pesta yang diadakan di kampung tuh dengan begitu terperinci. Yang nih den memang suka baca sebab macam boleh terbayang-bayang suasana dan kemeriahannya macam mana.

Cuma terkilan sebab cerita tentang buku yang sesuai untuk setiap orang tuh sikit sangat. 

Lepas tuh ending buku nih macam abrupt plak.

However it still a great read.

Den baca buku nih dalam masa 5 hari.

2.5 stars. Buku yang agak menarik tapi den tak akan ulang baca.

0 Comments