Thamrin Residence, Jakarta
Thamrin Residence nih terletak di sebelah
Thamrin City Shopping Mall. Boleh nak buat last minute shopping kat sini sebelum check out. Sebenarnya takde la jauh mana dari Tanah Abang tuh,
dalam 3 km je rasanya. Tapi senang je nak dapat Grab ke sini. So kenderaan
untuk ke Tanah Abang dari sini, in sya Allah tak jadi masalah. Kalau nak
bersenam berjalan kaki pun okay je.
Memang ada je hotel lain yang lebih dekat
dengan Tanah Abang, yang sepelaung je tapi masa survey harga hotel, Thamrin
Residence nih yang agak mampu milik. Lagipun ada Thamrin City Shopping Mall
sebelah dia in case kitaorang berangan nak tengok wayang ke ape lepas penat
bershopping tapi nan hado la ye sebab memang kepenatan sangat berjalan ke hulu
ke hilir.
Apartment nih nak masuk keluar kena ada
access card. Lebih selamat dan privacy.
RM 375 untuk 2 malam atau RM 187.50 untuk
satu malam sangat berbaloi dengan kemudahan yang ada. Ada 2 bilik dengan setiap
bilik dilengkapi sebuah katil Queen dan almari. Satu bilik yang den tidur ada
televisyen lagi dalam bilik tuh. Ada televisyen di ruang tamu, meja makan, peti
sejuk, airconds, etc. Yang takde cuma iron je ke den tak jumpa cari tak pasti
la pulak kan.
Sebuah bilik air yang pressure air sangat
laju. Best sangat dapat mandi air panas dengan pressure air macam tuh selepas
penat berjalan ke hulu ke hilir.
Apartment ni kalau nak duduk 5 orang pun okay
sebab besar. 4 orang boleh tidur dalam bilik dan seorang lagi tidur di sofa
empuk di ruang tamu.
Ada disediakan kemudahan swimming pool,
jakuzi dan bilik sauna. Den tak sempat ambil gambar tempat-tempat nih sebab
ingatkan nak ambil gambar on the last day masa melepak kat sini sebelum check
out. Alih-alih tak jadi pulak melepak di sini.
Di kawasan bangunan utama yang ada Grand
Lobby, ada beberapa kedai makan, 2 kedai serbaneka, ada bar, ada 1 tempat urut,
etc.
Kalau tak nak makan kat sini, boleh berjalan
ke Thamrin City Shopping Mall untuk makan di beberapa restoran yang ada di sini
termasuk berjalan mencuci mata tengok jualan yang ada kat sini.
0 Comments