Sekinchan Padi Box
Den tak pernah tau pun ada hotel bertemakan
kabin di kawasan sawah padi di Selangor nih sampai la ternampak iklan Sekinchan
Padi Box di FB.
Ada satu lagi penginapan kabin di Sekinchan
iaitu Farm Ville Café and Homestay yang mana kabinnya lebih banyak dan
kawasannya lebih luas dari Sekinchan Padi Box. Masa den booking Padi Sekinchan,
den tak tau pun tentang kewujudan Farm Ville Café and Homestay ni.
Den booking nak menginap di sini masa Jun
lepas lagi, main belasah je booking walaupun tau masa tuh tiada cuti sekolah.
Alih-alih budak-budak nih diberi cuti seminggu sempena Deepavali. Makanya tiada
la kejadian memonteng sekolah hehehhhhehee. Masa den nak booking tuh den tanya
pekerja kat Sekinchan Padi Box waktu yang sesuai nak pergi sana masa sawah padi
sedang menghijau. Pekerja tuh cakap datang masa pertengahan Oktober. Sebab tuh
la den booking nak menginap di sini pada 15 Oktober tuh.
Nih merupakan pengalaman pertama kitaorang
menginap di hotel atau homestay yang bertemakan kabin. Nak menginap di The
Kabin Jeram tuh macam mahal la pulak. Makanya kitaorang menginap la di Sekinchan
Padi Box nih dengan tema cabin + pemandangan sawah padi.
Lokasi Sekinchan Padi Box nih hanya sepelaung
dari jalan besar dari Kuala Selangor ke Sungai Besar tuh. In sya Allah dari
tepi jalan dah nampak kabin yang berwarna warni nih. Kedudukan Sekinchan Padi
Box nih betul-betul atas tanah bendang. Memang dikelilingi sawah padi yang
menghijau masa kitaorang pergi tuh.
Reception kaunter dan area dia simple yet
cozy.
Antara aktiviti yang disediakan di sini. Boleh juga booking untuk trip ke Skymirror, Kelip-Kelip dan Eagle Feeding di sini |
Cabin di sini disusun dua tingkat. Kitaorang
diberi kabin yang bawah.
Den booking kabin dengan 2 katil Queen dengan
harga RM 158/malam.
Tak sangka kabin nih selesa walaupun agak
sempit. Bilik dilengkapi tv, aircond, tempat sangkut baju dan 4 botol air
minuman. Bilik air dia pun just nice.
Selesa sangat k duduk dalam kabin nih. Tidak
panas walaupun tengahari sebab aircond 1.5 hp kot.
Persekitaran kat sini pun sangat menarik dan
cozy sebab dikelilingi sawah padi. Disediakan buaian panjang di kawasan
berdekatan reception counter. Disediakan juga ruang untuk berehat siap dengan
kerusi malas di luar reception counter menghadap sawah padi. Memang best untuk
berehat sambil berangan di kala mendengar lagu-lagu dendangan Bruno Mars (nak
jugak kan).
Tinggi juga buaian nih |
Merenung jauh mengenangkan bila la nak kaya kayak nih |
Kuch Kuch Hota Hai |
Mujur tiada adegan tergolek dalam sawah padi |
Ada disediakan perkhidmatan sewa basikal
untuk kita meronda di sekitar kawasan sawah padi. RM 10 untuk 2 jam bagi setiap
basikal single. RM 15 untuk 2 jam bagi setiap basikal couple.
Basikal yang tersedia untuk disewa |
Di luar kabin kitaorang disediakan hammock
untuk kita berehat-rehat.
Ada disediakan lampu hiasan di luar kabin
yang mana anak-anak den ingat telur binatang. Bila malam memang cantik sebab
lampu nih akan memancarkan cahaya berwarna warni.
Telur dinosaurs katanya |
Di tingkat atas ada disediakan ruang buaian
yang mana kita boleh berbuai sambil menghayati keindahan pemandangan sawah padi
nan menghijau. Memang breathtaking view.
Bersama cinta hati |
Breakfast disediakan di sini dengan bayaran
tambahan iaitu RM 5 untuk sebungkus nasi lemak + sebotol air mineral atau
sandwich + sebotol air mineral. Boleh request nak minum kopi tapi depa tiada
kopi o, depa cuma ada expresso dan capucino (yang nih kena bayar lain ye).
Café untuk kita breakfast yang terletak di
tingkat atas cabin comel sangat. Boleh muatkan dalam 10 orang kat bahagian
dalam. Di luar café disediakan kerusi meja yang boleh muat dalam 6 orang. Kalau
cuaca tak panas, memang cantik kalau breakfast di luar sebab boleh nampak sawah
padi. Di bahagian dalam café hanya 1 meja dapat mengadap pemandangan sawah padi
secara langsung. Hiasan kat café nih pun sweet je.
Ada disediakan ruang untuk bersantai bagi
penghuni kabin di sini yang mana ada pool table, tempat melepak sambil dengar
lagu, etc.
Pemandangan di sekitar Sekinchan Padi Box nih
pada waktu malam sangat menarik sebab banyak lampu berwarna-warni.
Bila terjaga dari tidur di pagi hari rasa
tenang sangat sebab dengar bunyi burung berkicauan. Rasa tenang dan aman damai.
Rasa macam nak duduk kampong je kalau kaya kayak nanti.
Sebelah kawasan Sekinchan Padi Box nih, ada
satu restoran yang dalam bas lama yang telah diubahsuai. Tiada tanda halal tapi
no pork camtuh la. Budak-budak nih sakan plak nak naik bas tuh. Makanya
kitaorang naik la ke bas tuh malam masa menginap di kabin dan pagi sebelum
check out dari kabin. Makan sepotong kek dan minum 1 tin air gas je pun sebab
budak-budak nih lebih pada nak berlari-lari ke hulu ke hilir dalam bas tuh. Dari dalam bas nih memang nampak pemandangan sawah padi. Yang tak tahannya 1
potong kek tuh berharga RM 14…..hipster sangat harga nih kalah Secret Recipe.
Dok perati kenapa papa dia belum naik bas lagi. Anak busuk papa yang sorang nih. |
RM 14 sepotong....pitam |
Kesayangan den |
Terdapat pelbagai restoran di sekitar Sekinchan
Padi Box nih. Nak makan dekat restoran yang menyajikan mentarang bakar pun
dekat je. 10 minit perjalanan dari sini. So jangan risau nak makan kat mana
kalau menginap kat sini.
Dari Sekinchan Padi Box nih memang dekat
kalau nak pergi ke Sekinchan 3D Art Gallery (dalam 5 minit naik kereta) dan
Pantai Redang (dalam 10 minit naik kereta).
Kalau nak datang menginap samada di Sekinchan
Padi Box atau Farm Ville Café and Homestay nih, yang paling sesuai dan masa
pemandangan sangat cantik adalah semasa padi mula tumbuh (dapat tengok
pemandangan sawah padi menghijau) atau masa nak menuai padi (dapat tengok
pemandangan sawah padi menguning). Bila masanya tuh kena la telefon tanya
pekerja kat both cabins ye.
Untuk info lebih lanjut tentang Sekinchan
Padi Box, boleh tengok di http://padibox.com/
2 Comments
interesting sgt, btw mmg tgh cari info untuk ke sini nanti, tq sis
ReplyDeleteSama-sama puan.Semoga maklumat ini sedikit sebanyak memberi manfaat.
Delete