Disebabkan den kena pergi ke Perak untuk satu urusan yang tidak dapat dielakkan, kita menginap la di Lumut satu malam disebabkan keesokannya tuh dah nak tidur di Sekinchan Padi Box yang telah dibooking pada bulan Jun lepas.
 
Sampai di Lumut dah pukul 6 petang. Gamble je walk in menginap di hotel nih sebab dia murah dan ada breakfast. RM 90 untuk 2 katil single dan breakfast untuk 2 orang serta 3 jam kupon parking kenderaan. Tak dapat nak ambil bilik dengan katil Queen sebab dah penuh. Bilik macam baru, kemas, bersih dan selesa.

Kemudahan yang ada adalah lebih sedikit berbanding hotel budget lain yang den pernah tidur. Macam hotel budget yang lain disediakan televisye, 2 botol drinking water, cawan, cerek, uncang teh dan kopi, tempat penyangkut baju, telefon dan aircond. Yang extra pada hotel nih adalah ia sediakan peti sejuk dan peti besi serta room service yang mana harga makanannya agak boleh tahan, tidak begitu merabakkan poket.
Harga food yang mampu milik

Cumanya kedudukan tv tuh adalah agak tinggi daripada paras katil. Makanya kena mendongak la sikit untuk menonton tv. Ada channel Fox Movies dan kartun. So budak-budak la yang paling gembira menonton tv walaupun terpaksa mendongak.

Bilik air memang selesa. Yang paling best adalah tekanan air di shower yang sangat kuat. Best sangat mandi air panas dengan tekanan air yang kuat lepas penat berjalan. Serious best. Budak-budak terutamanya A memang la paling happy dapat mandi dengan sakannya di bilik air yang sederhana besar nih.

Rasanya kalau kita ada anak kecil atau orang tua, kita boleh request nak duduk di bilik yang berada di ground floor.

Sebaris dengan hotel nih ada kedai makan. So kalau dah penat dan tak larat nak berjalan ke Lumut Water Front tuh boleh je berjalan kaki dan makan malam di sini. Dari Ritz Inn ni nak ke Lumut Water Front tuh dalam 10 minit je berjalan kaki. Lepas dinner kat satu kedai Kelantan di simpang nak masuk ke pekan Lumut, kitaorang anak-beranak berjalan ke Lumut Water Front melepak berehat-rehat melayan budak-budak nak berlari ke hulu ke hilir. Kat Lumut Water Front nih ada macam-macam jualan makanan ringan, minuman, mainan, pakaian, etc. Memang happening la.

Esoknya kitaorang breakfast di Ritz Recipe Café yang tulisannya menyerupai Secret Recipe. Kalau nak diikutkan budak-budak berumur 5 tahun hingga 12 tahun dikenakan bayaran RM 10 untuk breakfast tapi disebabkan mungkin orang tak ramai, F tidak dikenakan bayaran tersebut.

Buffet spread sangat sederhana tapi bersepadanan dengan bayaran harga bilik hotel tuh kan. Ada tembikai, nasi lemak, ketiaw goreng, sosej, baked bean, bubur, roti, jam dan mentega. Untuk minuman ada orange juice, kopi dan teh. Memang okay sangat cuma kalau ditambah cereals macam coco crunch dan honey star tuh lebih molek sebab tuh je pun yang budak-budak suka makan biasanya.

Café nih setting nya macam ala-ala cottage camtuh. Memang cozy suasananya. Lepas breakfast sempat la ambil gambar luar café yang memang cantik tuh.

In sya Allah kalau terdatang Lumut lagi kitaorang akan menginap di sini sebab bilik hotel yang selesa + breakfast dengan harga yang sangat berpatutan.

#yang tak bestnya dekat Lumut nih satu je iaitu sabtu dan ahad termasuklah cuti umum pun kena bayar parking kenderaan guna kupon parking dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Kupon parking dijual kat banyak kedai.

0 Comments