Pantai Redang Sekinchan
Dekat sangat dengan Sekinchan Padi Box, dalam
10 minit naik kereta.
Pantainya spesies yang sama dengan Pantai
Jeram iaitu pantai berlumpur. So memang tak sesuai untuk mandi. Sesuai untuk
melepak mendengar deruan ombak dan menikmati pemandangan tepi pantai.
Yang istimewanya pantai nih adalah kita boleh
nampak berenyut-renyut ikan belacak di sini. Memang tak akan dapat pegang pun
tapi kita akan nampak ikan-ikan nih bergerak. Anak-anak den excited tengok ikan-ikan
belacak nih.
Sakan menengok ikan belacak |
Pengunjung dan pekedai yang membuka kiosk
menjual makanan dan mainan di sini boleh dikatakan 98% adalah orang cina. Hanya
ada satu gerai makan oleh orang Melayu di sini.
Ini mungkin disebabkan berhadapan dengan
pantai nih terdapat sebuah tokong cina yang besar (den pernah datang sini pada
awal tahun 2017 untuk tujuan rasmi semasa tokong nih memohon untuk membesarkan
tokongnya sehingga ke tebing muara sungai sebelum bertemu Pantai Sekinchan
tuh).
Masa kitaorang datang sini, ramai orang tengah
main layang-layang. Memang meriah suasananya.
Antara aktiviti lain yang boleh dibuat di
sini adalah melepak di atas batuan karang yang ada atau pondok rehat yang
disediakan.
Ada satu keluarga tuh kutip cangkerang siput
satu plastik besar. Seronok tengok satu keluarga (ayah, emak dan tiga orang
anak bersungguh-sungguh mengutip cangkerang siput tuh).
Den dan buong berehat-rehat kat batuan karang
sambil perhati budak-budak nih main pasir kat tepi pantai tuh.
Pantai yang menarik untuk dilawat sekiranya
tersinggah di kawasan Sekinchan.
0 Comments