Movie : Paradox
Den terminat nak tengok cerita nih sebab ada
si Tong Jaa. Den minat dengan Tony Jaa sejak cerita Ong Bak.
Secara ringkasanya cerita ni mengisahkan
seorang anggota polis Hong Kong, Lee Chung-chi (Louis Khoo) pergi ke Thailand
selepas anak perempuannya yang berumur 16 tahun dilaporkan hilang semasa
bercuti ke Pattaya.
Di Hong Kong, Lee Chung-chi dibantu oleh dua
orang polis iaitu Chui Kit (Wu Yue) dan Tak (Tony Jaa) untuk mencari anak
perempuannya.
Dalam masa siasatan tuh, banyak la perkara berlaku,
kejar mengejar, bergaduh, etc dengan orang yang disuspek dapat membantu
siasatan.
Rupanya anak perempuannya ditangkap oleh
sindiket pemerdagangan organ manusia yang melibatkan polis yang korupsi.
Mula-mula tengok cerita nih, den ingat si
Tony Jaa la heronya dan dia akan berjaya menyelamatkan anak perempuan si Louis
Khoo tuh. Masa dia jatuh bangunan masa berlawan dengan ketua sindiket sindiket
pemerdagangan organ tuh pun, den suspek Tony Jaa akan selamat di dalam
pembedahan dan akan terus berlawan dengan orang jahat. Sekali tuh, Tony Jaa
mati da semasa kat bilik pembedahan tuh.
Masa Doktor cakap Tony Jaa tidak dapat
diselamatkan sebab dia mengalami kecederaan parah, den macam “ha…..pasai pa
hero mati? Bukan Tony Jaa hero ke dalam movie nih”…begitu la persoalannya.
Selepas den kecewa Tony Jaa termati, baru la
den sedar bahawa hero dalam movie nih adalah Louis Khoo.
Den skeptical la juganya sebab Louis Khoo nih
sepanjang den pernah tengok dia berlakon, takde la terror sangat berlawan atau
mungkin juga sebenarnya dia terror je cuma den selalu tengok dia berlakon
cerita romantic.
Eh….sekali Louis Khoo berlawan pun mantap
jugak ye.
So sambung semula synopsis cerita, Louis Khoo
akhirnya dapat tau yang jantung anaknya akan digunakan untuk ganti jantung seorang
ahli politik yang sedang bertanding untuk jawatan Dato Bandar atas arahan
pembantu Dato Bandar iaitu Cheng Hon-sau (Gordon Lam). Biasanya si Gordon Lam
nih berlakon jadi hero, sekarang jadi orang kejam plak.
Masa nih den ingat si Louis Khoo akan berjaya
mencari anak perempuan dia sebelum pembedahan pemindahan jantung dibuat dan
membelasah semua orang jahat.
Tapi cerita nih takde happy ending ye. Louis
Khoo jumpa mayat anak dia kat gudang pemerdagangan manusia tuh. Lepas dia cakap
selamat tinggal kat anak dia, dia belasah orang jahat termasuk ketua sindiket sindiket
pemerdagangan organ tuh. By the time dia bunuh habis semua orang jahat, dia pun
dah cedera parah.
Dia pergi ke rumah calon Dato Bandar tuh
untuk dengar degupan jantung anak dia buat kali terakhir. Lepas dia bunuh
pembantu Dato Bandar, dia pun bunuh diri sebab dia tak nak hidup tanpa anaknya.
Tragis betul cerita nih k. Too realistic
sampai macam tak larat plak hati nak menerimanya.
Tony Jaa mati jatuh bangunan in the middle of
the movie, jantung anak perempuannya diambil untuk ganti janti calon Dato
Bandar dan Louis Khoo mati bunuh diri.
Kejam sangat jalan cerita nih tapi itu
hakikat kehidupan la gamaknya kan.
Cerita yang menarik. Twisted plots. Execution
yang mantop daripada semua pelakon.
4 star daripada den.
Rupa-rupanya cerita ni adalah sequels kepada
cerita SPL dan SPL II (SPL den tak jumpa cari dvdnya tapi den dah pernah tengok
cerita SPL II memang best. Den ada buat review tentang movie nih pun dalam blog
nih).
Patutnya fighting scenes dalam movie nih
meletops. Arahan Sammo Hung rupanya. No wonder la kebabom aksinya. Orang lama
jugak yang terror ye.
Den memang suka tengok Tony Jaa berlakon
sebab aksi berlawan dia mantap terutamanya bila dia belasah orang sambil
melompat yang lututnya kena kepada kepala orang dilawan. Tony Jaa ni bagi
pendapat den aksi lawan dia keras sebab dia banyak dipengaruhi oleh Muay Thai.
Siapa kena belasah dengan siku dan lutut nih memang terkehel la rahang |
Kalau Jet Li dengan Donnie Yen, kungfu
diaorang lebih lemah lembut sebab diaorang berasaskan Shaolin dan wushu.
Jackie Chan den rasa kungfu dia main hentam
kromo dan asal boleh nak belasah macam tuh je hehehheheehe.
Sila tengok cerita ni ye. Walaupun sad ending
tapi jalan cerita cepat dan mantop.
0 Comments