Memang best sebab den tak pernah sampai ke Jakarta kot.

Tema berjimbaan ke Jakarta nih dah tentunya shopping sakan.

Orang selalu kata kesesakan lalu lintas kat Jakarta nih teruk sangat sampai kereta tak bergerak tapi den rasa kesesakannya macam sama apabila di Kuala Lumpur apabila waktu puncak.

Tanah Abang dan Mangga Dua sememangnya adalah shopping heaven terutamanya Tanah Abang.

Grab car senang diperoleh di mana-mana.

Kalau nak mencabar boleh naik Grab motorsikal yang dipanggil Grab Ojek.

Supir Grab maklumkan bahawa untuk mengurangkan kesesakan di Jakarta, dikuatkuasakan undang-undang di beberapa jalan utama berdasarkan tarikh. Jika tarikh genap, hanya kenderaan dengan nombor pendaftaran genap je boleh melalui jalan-jalan yang telah ditentukan tuh. Jika tarikh ganji, hanya kenderaan dengan nombor pendaftaran genap je boleh melalui jalan-jalan tersebut. Sesiapa yang langgar peraturan tuh akan didenda Rp 500K @ RM 160 sekali saman.

MRT sedang dibina di Jakarta yang dijangka siap pada 2019. Kita datang masa MRT dah beroperasi plak nanti hehhehehehe.

Hanya orang kaya yang masuk ke Plaza Indonesia sebab barang yang dijual kebanyakannya barang-barang berjenama. Supir Grab maklumkan dia tak pernah masuk pun ke Plaza Indoesia tuh. Sama la macam den nih ha, tak pernah jejak kaki kat shopping mall yang gegak gempita macam Pavillion.

In sya Allah mudah nak cari makanan halal.

Taman Mini Indonesia Indah adalah satu tempat yang menarik untuk kita lawat sebab ada macam-macam tarikan di situ.

0 Comments