Dalam dok kalut mengira duit yang entah bila hendak kecukupan tuh + dok blur ntah bila nak mula membaca buku cerita kat kiddos sebelum depa tido (ala-ala bed time reading) + dok mengharap penuh pada teachers kat sekolah, teacher tuisyen dan ustazah kat sekolah agama untuk mengajar F sebab mama memang terpleot + dok makan dengan jayanya walaupun paras kolesterol tidak menurun dan berat tidak dapat diturunkan, etc dah masuk bulan November.
 
Haish….sekejap sangat masa berlalu. Banyak sangat checklist yang tidak terbuat lagi.

Tinggal 2 bulan untuk menutup bulan 2017.

Checklist bulan November yang perlu disettlekan adalah:

1. Menyiapkan resume yang baru 80% siap tuh sebelum berangan nak mulakan aktiviti job hunting.

2. Settlekan hal medical cards kiddos yang tidak selesai lagi.

3. Ambil darah dan follow up check up APS di PPUM.

4. Cerita tentang sesi berjimbaan 3 hari 2 malam ke Jakarta pada end of October lepas.

5. Den berharap dapat siapkan tentang sesi berjimbaan 8 hari 7 malam di Bali dalam bulan nih.

6. Bermula dari ground zero semula untuk cuba makan secara sihat.

7. Bersungguh-sungguh mengganti puasa paling kurang 4 hari.

8. Berzumba semula setelah lama ditinggalkan dengan jayanya.

9. Mula membaca buku cerita at least seminggu sekali sebelum kiddos tidur.

10. Cuba baca at least 2 novel bulan nih.

So many things to do. Adoi la.

Wish me luck k.

0 Comments