Buku kedua yang den habis baca masa trip ke Jakarta. Mula baca masa malam hari kedua di Jakarta. Habis baca buku nih masa nak tunggu kapal terbang take off dari Soekarno International Airport balik ke Malaysia keesokan harinya. Tak sampai 2 hari habis baca buku nih.
 
Buku nih biasa-biasa sahaja bagi den. Macam tidak begitu ‘John Grisham’ camtuh perasaannya.

Walaupun tetap bertemakan perundangan tapi lebih soft pada pandangan den sebab ianya tidak memperincikan tentang lawsuit pelombong arang batu vs syarikat perlombongan arang batu. Hanya sentuh sedikit bab nih.

Ianya lebih memfokus kepada kisah Samantha Kofer, seorang peguam di sebuah firma terkemuka di Manhattan yang terpaksa bekerja di legal aid clinic di Brady, Virginia selepas dia terpaksa diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi dunia.

Mula-mula Samantha macam tak berminat sangat nak kerja di legal aid clinic tuh tapi bila dia dah menguruskan beberapa kes yang melibatkan penduduk kampung yang sangat naïf, dia macam bersemangat nak memperjuangkan keadilan bagi setiap kes yang dia handle walaupun dia menghadapi pelbagai cabaran termasuklah ugutan.

Akhirnya walaupun Samantha ditawarkan untuk bekerja di satu firma guaman baru di Manhattan oleh boss lama dia dengan pakej gaji dan manfaat yang menarik, dia memutuskan untuk terus bekerja di di legal aid clinic sebab dia berpendapat dia perlu “help real people with real problems.”

Buku nih pada den tak dapat menandingi keunikan dan kehebatan novel The Firm, The Client dan The Street Lawyer yang den telah ulang baca beberapa kali dan tetap ada rasa nak ulang baca lagi.

3 star. Tak akan diulang baca.

#mungkinkah akan ada sequel kepada novel nih yang mana akan memperincikan tentang cerita Samantha Kofer vs syarikat gergasi perlombongan arang batu?

0 Comments