Cuti tahunan den untuk tahun lepas memang sangat sedikit bakinya bila tiba di hujung tahun tuh.
 
Tahun ni pun memang akan jadi begitu juga.

Memang sedikit la yang boleh dibawa kepada Gantian Cuti Rehat (GCR).

Bercuti dengan keluarga tuh memang dah jadi kemestian sebab selagi budak-budak masih melekap kat kita, masa tuh la kita cuba untuk bersama-sama dengan mereka.

Cuti raya ke cuti sanak saudara kawin, ziarah orang meninggal dan perkara-perkara lain yang memerlukan kita bercuti tuh memang perlu dibuat.

Nih lebih kepada cuti yang den ambil untuk berjimbaan untuk diri sendiri (terutamanya berjimbaan dengan kawan-kawan) dan cuti yang den ambil tanpa ada arah tuju sebab kemalasan nak pergi kerja (I know….worst attitude but I couldn’t help it).

Tahun 2016 den dapat simpan GCR 6 hari je.

Tahun nih rasanya dapat simpan dalam 6 hari juga sebab tahun nih telah dihabiskan untuk ke berjimbaan ke sana sini dengan jayanya.

Tahun 2018, in sya Allah dah berangan nak pergi ke sekurang-kurangnya satu tempat dengan kawan-kawan. Tak kira lagi coti berjimbaan bersama keluarga, kenduri kendara, hari raya, ponteng kerja, etc.

#of course la kan sesi berjimbaan dan bercoti nih berkait rapat dengan kemampuan kewangan pada ketika itu.

Kadang-kadang dalam dilemma antara nak guna kemudahan cuti rehat yang ada untuk berjimbaan berjalan di sana sini (bergantung kepada keadaan kewangan) atau nak pulun simpan cuti bagi GCR. 

Bila tengok muka anak-anak masa depa tidur (memang nampak innocent sangat) rasa kena cuti je menghabiskan masa dengan diaorang. Bila fikir jauh skit rasa kena simpan cuti GCR banyak-banyak supaya bila dah pencen (tak kisah la bila bersara pilihan atau bersara wajib) nanti, boleh dapat duit GCR sedebuk untuk kelangsungan hidup bersama.

Bila menerima berita rakan taulan yang meninggal dunia ketika masih muda semasa di dalam perkhidmatan, ada terasa nak guna cuti yang ada untuk berjalan sebab belum tentu den akan panjang umur dan sempat merasa ganjaran GCR tuh.

Itu lah hati kan? Sentiasa berbolak balik.

0 Comments