Selepas bergambar dari kejauhan dengan Candi Prambatan, kami dibawa untuk membeli-belah di kedai perusahaan barangan perak dan batik.
 
Nama perusahaan batik tuh adalah Badjoe Djogdja.

Di perusahaan batik, den cuma belikan baju tshirt Spongebob untuk F dan A. Pergi kedai jual pakaian batik tapi beli tshirt kartun. Bertuah kan?
Halus ukiran pintu untuk masuk ke bahagian batik yang paling mahal

Toko batik kat sini cantik bangunannya. So menjadi tempat untuk den bergambar di kala kawan-kawan menyiasat barangan menarik untuk dibeli.
Nama perusahaan barangan perak adalan Ansor’s Silver Workshop and Artshop.


Rambang mata berjalan tengok barangan perak sebab cantik-cantik tapi memang tiada rasa nak membeli sebab harganya agak mahal + den tidak berminat sangat dengan aksesori perhiasan macam nih. Macam barang kemas pun, keterujaan melampau masa nak membeli. Dah beli tak pakai sebab kemalasan, akhirnya simpan je. So no point la beli jewelleries nih.
Jenuh dan remeh nak membuatnya
Cantik kerongsang perak nih. Selayak harganya

Ada kedai kopi bernama Nusantara Coffee Shop yang turut menyajikan kopi luwak. Kitaorang tak singgah minum pun.

Agak lama kami di sini sebab terkandas sebab hujan turun dengan lebatnya secara tiba-tiba.
Antara yang ditemui di sekitar kawasan kedai
Groundwater abstraction di surau di kedai

0 Comments