Sinopsis buku : Helen Walsh, seorang penyiasat persendirian yang mengalami masalah kewangan yang sangat serius sehingga terpaksa balik tinggal bersama keluarganya selepas dia gagal membayar bayaran bulanan apartment dia.
 
Helen terpaksa menerima kerja daripada bekas kekasih yang kalau boleh dia tak nak jumpa lagi (Jay Parker) untuk menyiasat kes kehilangan seorang ahli boyband Laddz iaitu Wayne Diffney seminggu sebelum reunion concert boyband tersebut diadakan.

Di dalam Helen menjalankan siasatan tersebut, dia sedang mengalami depression yang menyebabkan dia hampir membunuh diri.

Banyak la perkara yang berlaku sepanjang siasatan dia tuh di samping dia handle her depression termasuklah ketidakpastian hubungan dia dengan seorang pegawai polis (Artie Devlish).

Selepas akhirnya Helen berjaya menjumpai Wayne, Helen secara sukarela masuk ke hospital psikitari untuk menguruskan depression nya tu dengan sokongan padu daripada Artie.

Jalan cerita buku ni ringkas dan straight forward cuma bila Helen menceritakan tentang depression nya tuh, ia agak berat sikit terutamanya bagi den yang tidak mempunyai banyak maklumat tentang depression.

Walaupun buku ni simple, den tetap ambil masa berbulan-bulan untuk habis membacanya. Haish.

Buku ni merupakan buku yang kedua den habis baca pada tahun 2017. Buku pertama yang den habis baca pada tahun nih adalah pada Januari 2017. Kalau ikutkan KPI, den kena baca at least sekurang-kurangnya 1 buku sebulan. Adoi la. Terpleot sungguh tahun nih.

# Den ada lebih kurang 10 buah buku oleh Marian Keyes. Beliau merupakan salah seorang author yang den suka untuk buku bacaan ringan atau feel good book. My favourite will be Last Chance Saloon, Sushi for Beginners dan Rachel’s Holiday.

Buku The Mystery of Mercy Close nih mempunyai sejarah yang tersendiri untuk den sebab ianya merupakan buku yang julung-julung kali den berjaya habiskan membaca setelah sekian lama den tidak membaca buku.

Tapi untuk perjalanan untuk menghabiskan membaca buku ni memang penuh berliku.

Buku ni berada dalam handbag den berbulan-bulan lamanya sampai dah lunyai.

Penanda buku bagi buku nih telah hilang disorokkan oleh A. Agak sedih sebab book mark tuh pemberian my best friend.

Buku ni ikut berjalan ke luar negara termasuklah masa trip den ke London dan Bali kali kedua di mana di kedua-dua tempat ni, den tidak berjaya membaca 1 muka surat pun.

Buku ni juga ikut berjalan serata tempat semasa den pergi site visits, outstations, balik kampong dan berjalan dengan keluarga.

Akhirnya isnin lepas, selepas membawa buku ni berjalan ke Lumut dan Sekinchan, den berjaya menghabiskan baca buku ni semasa sedang melepak di Padi Box Sekinchan.

Harapnya perangai membaca ni dapat diteruskan. In sya Allah.

May the force be with me.

0 Comments