The Hitman’s Bodyguard
Movie nih sebenarnya dah cliché sangat dah jalan cerita dia. Biasa ditemukan di kebanyakan movie Hollywood yang lain macam Transporter, etc.
Jalan cerita yang simple dan dapat diagak
sebab dah terbiasa disogokkan dengan cerita macam nih.
Pembunuh upahan yang sangat terror nak mampus
iaitu Darius Kincaid (Samuel L Jackson) bersetuju untuk memberikan bukti
kekejaman pemerintah diktaktor bagi negara Belarus iaitu Vladislav Dukhovich (Gary
Oldman) semasa perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Of course la konco-konco Vladislav nih telah
diarahkan untuk memastikan Darius ini dibunuh dan tidak sampai di mahkamah
supaya kesnya dapat dibuang dan dia akan kembali menjadi pemerintah Belarus.
Michael Bryce (Ryan Reynolds) diminta oleh
ex-girlfriend dia iaitu seorang agen Interpol untuk melindungi Darius selepas
konvoi Interpol diserang hendap semasa sedang dalam perjalanan ke mahkamah
akibat sabotaj oleh Timbalan Pengarah Interpol yang telah diberi rasuah oleh Vladislav.
So sepanjang perjalanan nak ke mahkamah tuh,
si Darius dan Michael nih menempuh pelbagai halangan terutamanya apabila
dikejar oleh konco-konco Vladislav. Daripada saling menyampah di antara satu
sama lain sebab prinsip hidup yang berbeza, Darius adalah pembunuh upahan dan
Michael adalah bodyguard, etc depa akhirnya jadi agak kamcing selepas tau
sejarah hidup masing-masing.
Akhirnya dah tentu la si Vladislav mati
dibunuh oleh Darius selepas dia cuba melepaskan diri dari mahkamah selepas dia
tembak Michael.
Ada aksi tapi hanya biasa je la. Ada je la
adegan tak logic macam tak kena walau sebutir peluru pun walau telah ditembak
dengan machine gun.
Yang buat cerita nih menarik dan funny adalah
chemistry yang wow antara Samuel L Jackson dan Ryan Reynolds. Watak tambahan
Salma Hayek (Sonia Kincaid) dan agen Interpol ex-girlfriend Michael tuh hanya
untuk penyedap rasa je. Kalau takde pun takpe sebab tak menjejaskan jalan
cerita pun.
Tapi bagi den Samuel L Jackson is the one who
really own the movie. Walaupun dia nih tak handsome langsung tapi dia terror
berlakon.
Den macam ada terasa yang Ryan Reynolds nih
harap muka handsome (easy on the eyes) dan badan six pack je la kot sebab dia
berlakon macam biasa-biasa je tak sampai level Jack Gylenhall lagi, level Leonardo
Dicaprio lagi jauh la.
Yang tak boleh blah adalah poster movie nih
ala-ala seumpama movie The Bodyguard (Kevin Costner dan the late Whitney
Houston).
3.5 stars untuk movie nih.
#Kenapa Gary Oldman nih jarang berlakon ye?
Dia nih pelakon versatile yang sangat mantap kot lakonannya. Patut dapat lebih
banyak peluang sebab he is truly a superb actor.
0 Comments