Walaupun ada banyak sangat buku yang masih belum sempat dibaca kat rumah tuh tetapi kalau dah namanya singgah di kedai buku, memang la akan tersangkut paling kurang sebuah buku.
 
Disebabkan den spent masa 1 jam di Book Excess tuh, makanya memang banyak sangat buku yang den berkenan nak beli. 

Tapi disebabkan keadaan kewangan sedia ada + membendung perasaan tamak + sedar diri ada banyak lagi buku yang belum dibaca (termasuklah dah lama perangai membaca buku tidak dilupakan), den telah menghadkan untuk membeli 10 buah buku daripada author yang berbeza.
Akhirnya setelah membaca synopsis, pilih masuk dalam bakul, letak semula di rak buku, ambil kembali buku yang telah diletakkan, etc, den pilih 5 buah buku daripada authors yang den pernah baca buku karangan mereka dan 5 buah buku yang den tidak pernah dengar nama mereka dan baca buku nukilan mereka.

Seperti biasa, buku yang den pilih selalunya tidak heavy mana pun topic yang dibincangkan sebab otak den tak dapat nak digest buku dengan heavy theme nih.

Buku daripada the familiar authors are:

The First Phone Call from Heaven oleh Mitch Albon. Den dah pernah baca buku Tuesday With Morrie dan Five People You Meet In Heaven.

Gray Mountain oleh John Grisham. Den ada dalam 17 buah buku dia. Favourite den adalah The Firm, Pelican Brief dan The Street Lawyer.

The Marble Collector oleh Cecilia Ahern. Walaupun dia popular dengan buku PS I Love You yang telah diadaptasikan menjadi movie yang mana kedua-duanya den tidak pernah baca dan tidak pernah tengok, den minat buku dia yang bertajuk One Hundred Names (den baca buku nih dalam masa 4 jam sampai 2 pagi lepas tuh mata sembab huhuhuhhu) dan A Place Called Here.

Finding Audrey oleh Sophie Kinsella. Chick lit novels from this author. My favourites are the Shopaholic series and Undomestic Goddess.

Chasing Tomorrow oleh Sidney Sheldon. Den ada 17 buah buku dia. My favourites are Rage of Angel (sampai sekarang den tidak puas hati dengan ending buku nih) dan If Tomorrow Never Come.

Buku daripada authors yang den tidak pernah baca adalah:

Pinball oleh Haruki Murakami. Disebabkan den terbaca ulasan di dalam facebook yang disokong oleh ramai orang yang mengatakan Murakami sangat layak untuk dipertimbangkan bagi mendapat Nobel Prize in Literature kerana dia dikatakan penulis Jepun yang cemerlang. Situasi dia dikatakan sama macam Leonardo Dicaprio yang jenuh nak menang Oscar walaupun telah beberapa kali dicalonkan. Dikatakan agak heavy semua nukilan Murakami ni. Den nak cuba baca at least satu buku nukilan beliau. Lagi pun harga buku nih RM 12.90.

The Bookshop On The Corner oleh Jenny Colgan. Sinopsis macam menarik tentang seorang perempuan berhijrah ke tempat baru untuk buka kedai buku dan bertemu ramai kawan baru.

The Boy In The Suitcase dan Invisible Murder. Bak kata buong, den memang suka cerita penyiasatan dan bunuh-membunuh nih. 

Miss Peregrine’s Home For Peculiar Children oleh Ransom Riggs. Kalau ikut synopsis macam cerita misteri. Buku nih telah diadaptasi kepada movie yang den telah beli dvd nya tetapi tidak berkesempatan sampai ke sudah untuk tengok.

Sort Our Life Out oleh Pete Cohen. Buku genre self-help yang biasanya den memang tidak berminat langsung nak baca. Saja nak cuba baca kot-kot menarik hehehehehhe.

Ada banyak buku macam karya JK Rowling, Jude Deveraux, etc dan beberapa buku seperti Arts of War, Sense and Sensibility, etc yang tangan den macam gatal je nak ambil tapi next time la gamaknya ye.

Hopefully den dapat membawa semua buku ni pada suatu hari nanti.

Akhir kata, it’s not hoarding if it’s books.

0 Comments