Den ingatkan taman rekreasi nih taman rekreasi biasa yang ada jogging tracks dan taman permainan tapi bila dah sampai sini baru tau taman nih adalah agak istimewa dan unik k.
Dekat jeti berdekatan kaunter tiket untuk naik bot, disediakan dalam 4 gerai menjual makanan berat, makanan ringan dan minuman. Ada makanan goreng-goreng, kudap-kudap, etc.
Ada jugak dijual mainan sekupang dua kat sini. Agak bahaya untuk poket ibu bapa.
Mengendeng jua tapi mama tak layan
Dekat jeti nih kita boleh tengok berenyut-renyut ikan keli kat dalam tasik tuh. Ada ikan tilapia seekor dua tapi 99% ikan kat dalam tasik tuh adalah ikan keli. Ada jugak ternampak kura-kura dalam 5,6 ekor kat sini. Masa kitaorang pergi tuh, ada sekumpulan aunties tuh bagi ikan-ikan tuh makan roti. Sakan k ikan-ikan keli tuh berkerumun nak makan roti tuh.
Yang macam batu-batuan tuh adalah beberapa ekor kura-kura ye
Si F & A memang tersangat suka dapat tengok ikan-ikan keli berenyut-renyut tuh.

Toilet yang ada kat sini bersih.

Kalo tak nak naik bot, still bley berjalan kat taman yang berdekatan dengan tempat parking kereta tuh tapi rasa macam rugi plak kalo tak naik bot ke taman yang lagi satu tuh kalo dah alang-alang sampai ke sini.

Kat taman nih kita perlu naik bot dengan bayaran yang sangat murah untuk sampai ke taman rekreasi yang menempatkan taman permainan, menara tinjau, rumah Perak, mini zoo, rumah burung, kolam ikan keli dan jogging track.

Harga tiket adalah sangat murah k. RM 3 untuk dewasa. RM 1.50 untuk kanak-kanak (3 -12 tahun) dan warga emas (55 tahun). Harga tiket murah mungkin sebab taman rekreasi nih di bawah seliaan dan selenggaraan Majlis Bandaraya Ipoh. Kalo dioperasikan oleh private company memang tak dapat rege camnih.

Waktu operasi bot adalah dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Kekerapan bot adalah 30 minit sekali atau bergantung kepada pengunjung yang ada pada ketika tuh.
Ada disediakan life jacket dalam boat tuh. So atas kita nak pakai ke tak.
Boat ride nak menyampaikan ke taman rekreasi kat seberang tuh dalam 15 minit. Masa kitaorang naik bot tuh ternampak seko helang warna putih tengah bertenggek kat bukit dengan dengan signboard Gunung Lang. Gamaknya nama Gunung Lang tuh adalah daripada helang la kot ye. Malas plak nak baca sejarah asal usul nama tempat nih.
Den sarankan untuk spend masa at least 1 jam kat taman rekreasi selepas kita naik bot tuh sebab banyak jugak benda nak tengok dan kawasan dia agak luas. Last boat untuk balik ke jeti utama adalah 5.30 petang.

Masa mula-mula turun dari bot, kitaorang tengok burung-burung kat rumah burung.
Kreatif buat angsa daripada tayar terpakai
Lepas tuh melayan kiddos main dekat taman permainan yang temanya dinosaur. Kebetulan sungguh. Walopun gelongsor semua tuh nampak comot skit sebab baru lepas hujan tapi semua permainan masih dalam keadaan baik dan selamat.
Lama jugak bertapa kat taman permainan nih melayan kiddos bergelinjangan kat sini. Sempat la singgah toilet yang bersih yang ada dekat dengan taman permainan nih.
Toilet dekat taman permainan
Selepas berjaya paksa depa berhenti melompat di taman permainan, kitaorang ke mini zoo yang menempatkan rusa (dalam 10 ekor jugak), ponnies (kuda padi) dan burung unta. Kalo dah namanya anak-anak den kan, tengok 3 jenis binatang nih pun masih terkesima. Depa nih memang senang betoi nak digumbirakan.
Dari taman permainan untuk ke mini zoo, kita akan melalukan kawasan nih. Tema gambo nih adalah menyorok daripada serangan raksasa kata F.

Masa budak-budak dok ralit tengok binatang di mini zoo nih, den sempat la mengambik gambo sekupang dua dengan menara tinjau. Kalo kita naik menara tinjau bley la nampak kawasan taman rekreasi nih dari view atas tapi disebabkan dasar pemalas, makanya idok la den panjat menara tinjau nih. Kalo sapa peminat burung macam consultant opis den dulu, Mr. Bo, sure dia akan panjat menara tinjau nih dengan teropong dia tuh. Eh rindu plak kat Mr. Bo nih.
Seterusnya kitaorang singgah tengok ikan keli di kolam ikan keli tapi tak nampak ikan kelinya sebab air kolam tuh hijau sangat (due to lumut kot ye). Kawasan kolam ikan keli nih rumputnya agak panjang skit, so banyak la nyamuk kat sini.
Tak beberapa nak nampak ikan kelinya
On the way ke rumah Perak, den paksa la budak-budak nih mengambik gambo dengan den di gondola yang cantik-cantik tuh. Haram depa nak layan. Begitu la nasib bila ada anak lelaki. Depa bukan heran sangat nak bergambo nih.
Den cuma lepak kat tangga salah satu rumah Perak yang ada kat situ. Kemalasan plak nak masuk dalam rumah Perak tuh untuk bergambar. Ada a group of young ladies (eh terasa tua plak bila panggil orang lain young ladies heheheehe) dok berkelah kat beranda rumah Perak tuh. Ada dalam 4 biji rumah Perak kalo tak silap.
Sementara den mengambik napas, budak-budak nih sakan la main kejar-kejar kat laman rumah Perak tuh. Budak-budak mana tau penat kan.
Dari situ kitaorang berjalan je kat sekitar taman rekreasi nih sampai la ke tempat jeti untuk tunggu bot fetch kitaorang untuk balik ke jeti utama.
Kalo terpegi la ke kawasan sekitar sini, in sya Allah bley singgah lagi ke taman rekreasi nih sebab ia adalah unik dan one of its kind.

Kalo tanya den, tempat nih wajib datang especially family dengan anak-anak yang bawah 12 tahun sebab tempat rekreasinya menarik. Dah la tiket naik bot tuh murah gila.

0 Comments