Kami menginap di hotel nih selama 3 malam. Jauh sedikit dari bandar Jogjakarta tetapi lebih nyaman dan tenang sebab outskirt gittew.

Satu bilik kongsi dua orang.

Biliknya just nice untuk dua orang. Bilik air pun okay. 
Buka pintu belakang bilik terus nampak rimbunan buluh nih

Pakej bilik sekali dengan breakfast tetapi setiap hari pun tak sempat breakfast sebab keluar awal pagi kerana tempat lawatan adalah jauh. Hotel bungkuskan breakfast untuk kitaorang setiap hari. Hari terakhir masa nak check out tuh je sempat breakfast. Tuh pun tak semua makanan tersedia sebab awal sangat nak check out. Depa belum ready nak serve breakfast.
Breakfast di sini
Aftermatch....sempat breakfast sebelum checkout on the last day

Landskap di sekitar hotel nih memang cantik dengan pokok menghijau.

Ada swimming pool tapi tak sempat celup kaki sebab jadual berjimbaan terlalu padat. Sempat ambil gambar sekeping dua je dengan swimming pool sebelum check out.
Tak sempat nak baring pun kat sini.

Dapat complimentary massage selama 15 minit setiap seorang lepas check in. Memang best sangat bila badan diurut setelah penat berjalan.

Den rasa mana-mana hotel di Indonesia nih yang den pernah pergi setakat nih, hotelnya memang cantik, bersih dan selesa. Bonus point kalau depa ada landskap atau taman Bali style macam Puri Pangeran Hotel nih. Memang sedap mata memandang.

A nice hotel to stay.
Setiap pagi ada jualan macam nih di ruang legar hotel in case kita nak tambah souvenirs

0 Comments